DUNIA dikejutkan dengan peristiwa ribut matahari yang berlaku
awal tahun ini. Namun sekali lagi pada Khamis lepas kejadian itu berulang dan
dikatakan antara yang paling kuat dalam tempoh enam tahun.
Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari
daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang
sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari dan seterusnya mengakibatkan
letusan.
Kesan radiasi akibat letusan tersebut akan menghentam Bumi
dengan tiga kesan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan. Ia akan menyebabkan
gangguan kepada satelit dan angkasawan yang berada di angkasa lepas. Selain itu
ia juga akan mengakibatkan gangguan komunikasi untuk kapal terbang yang sedang
melakukan penerbangan.
Ribut suria juga boleh menghasilkan cahaya utara ataupun
aurora yang menakjubkan di langit sehingga jauh ke selatan dan bahagian utara
hemisfera Bumi. Jika berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang
paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga akan dipantau.
Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan
dinding magnet Bumi, ia mengakibatkan ribut geomagnetik. Ribut matahari
biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan
Khatulistiwa.
Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan
mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.
No comments:
Post a Comment