GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor kuda laut yang kecil di sebuah akuarium di Monterey, California.
WASHINGTON - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kini menimbang
untuk melindungi spesies kuda laut terkecil yang terdapat di negara itu.
Kuda laut kerdil memiliki panjang sekitar 2.54 sentimeter
merupakan yang terkecil terdapat di dasar perairan berumput di Teluk Mexico,
AS.
Namun, seorang ahli biologi Pusat Kepelbagaian Biologikal AS,
Tierra Curry berkata, habitat kuda laut kecil berkurangan dengan mendadak sejak
tahun 1950-an.
Menurutnya, keadaan itu disebabkan oleh pelbagai faktor
termasuk pencemaran akibat tumpahan telaga minyak syarikat BP di Teluk Mexico
pada 2010.
"Tumpahan minyak dua tahun lalu banyak menjejaskan
kehidupan marin terutamanya spesies kuda laut kecil yang kekurangan
habitat," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment