Dua juruteknik mengukur saiz kaki
Vovkovinskiy di ibu pejabat Reebok di Canton, Amerika Syarikat kelmarin.
CANTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki paling tinggi
di sini, Igor Vovkovinskiy mengunjungi ibu pejabat syarikat kasut Reebok di
sini kelmarin untuk mengukur saiz kasutnya dengan harapan dia dapat menjalani
kehidupan secara normal.
Vovkovinskiy berkata, sejak enam tahun lalu, dia menjalani 16
pembedahan selepas ditimpa pelbagai masalah kesihatan akibat memakai kasut yang
tidak sesuai.
"Selama enam tahun, saya cuma terperap di dalam
rumah," kata Vovkovinskiy yang setinggi 2.34 meter.
"Saya berhasrat untuk bersiar-siar di sekitar kawasan
kejiranan sambil ditemani anjing peliharaan saya," tambahnya.
Proses mengambil ukuran kaki Vovkovinskiy dilakukan oleh
beberapa juruteknik dengan bantuan mesin canggih bagi memastikan saiz kasut
yang tepat.
Reebok menyatakan, kos untuk membuat kasut Vovkovinskiy
adalah antara AS$12,000 (RM36,531) hingga AS$20,000 (RM60,885).
Vovkovinskiy, 29, berasal dari Ukraine tetapi pada usia tujuh
tahun, dia dan ibunya berpindah ke negeri Minnesota bagi mendapatkan rawatan
penyakit kelenjar pituitari yang menyebabkan ketinggiannya menjadi luar biasa.
Ketika itu, Vovkovinskiy memiliki ketinggian 1.83 meter. -
Agensi
No comments:
Post a Comment