GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan buaya sepanjang 4.4 meter yang ditangkap di Sungai Daly, selatan Darwin.
SYDNEY, Australia - Seekor buaya air masin sepanjang 4.4
meter yang membaham sembilan ekor anjing peliharaan ditangkap di sebatang
sungai di utara Australia, menurut satu laporan semalam.
Laporan akhbar Northern Territory News menyatakan,
buaya ganas itu ditangkap di penempatan penduduk Sungai Daly, sekitar 225
kilometer ke selatan bandar raya Darwin selepas reptilia itu menakutkan
penduduk setempat.
Seorang pegawai polis, Mark Casey memberitahu, pejabatnya
menerima sembilan aduan tentang anjing peliharaan penduduk dibaham haiwan itu
dalam tempoh sebulan.
"Buaya adalah bahaya yang menanti kerana anda menyangka
ia batang kayu terapung di permukaan sungai," kata Casey.
Menurutnya, selain haiwan itu, terdapat dua lagi buaya besar
dan seekor buaya kecil yang masih berkeliaran di kawasan berkenaan.
Buaya air masin yang boleh membesar hingga sepanjang 7 meter dan
mencapai berat satu tan, kerap ditemui di bahagian utara Australia.
Sebanyak dua orang mati akibat serangan haiwan itu di
Australia pada setiap tahun. - AFP
No comments:
Post a Comment