SINGAPURA - Pengasas bersama laman perkongsian sosial
Facebook, Eduardo Saverin berpindah dari Amerika Syarikat (AS) dan menetap di
sini, lapor akhbar dalam talian Britain, MailOnline kelmarin.
Saverin, 30, terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana
memiliki gaya hidup seorang playboy.
Dia gemar berseronok dengan ditemani beberapa model jelita di
kelab-kelab eksklusif di sini terutamanya kelab Filter di Hotel Conrad.
Saverin juga melabur dalam syarikat kosmetik yang ditubuhkan
oleh penyandang gelaran Ratu Cantik Singapura 2009, Rachel Kum.
Dia turut membimbing Kum menguruskan perniagaannya.
"Saya kagum melihat dia (Kum) berani mengorak langkah
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang diminatinya," kata
Saverin pada majlis pelancaran jenama fesyen Kum.
Dia memandu kereta mewah jenis Bentley dan tinggal di kawasan
perumahan elit di sini.
Saverin ialah rakan pengasas bersama Facebook, Mark
Zuckerberg semasa mereka menuntut di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.
Berasal daripada keluarga mewah di Brazil, dia melabur dalam
Facebook semasa menuntut bersama Zuckerberg di universiti berkenaan.
Menurut majalah Forbes, pelaburan tersebut
mendatangkan pulangan lumayan berjumlah AS$2 bilion (RM6.05 bilion) kepada
Saverin.
Dia berpindah ke pulau ini selepas berselisih faham dengan
Zuckerberg.
Laman jaringan sosial Facebook yang kini berusia sembilan
tahun, memiliki 800 juta ahli dan dianggarkan bernilai AS$79.3 bilion (RM241.3
bilion). - Agensi
No comments:
Post a Comment