SEORANG lelaki berjoging ketika bulan penuh terbentuk di Taman Papago, Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin.
NEW YORK - Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada
tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih
besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya
merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology,
Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan
terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan
penuh. - Agensi
No comments:
Post a Comment