HANOI - Seorang pegawai menyatakan, sebuah kereta remuk
manakala enam orang terbunuh selepas kenderaan tersebut dihempap bongkah batu sebesar
rumah yang jatuh dari sebuah gunung di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Keo Khon berkata, lima orang
termasuk pemandu kereta mati di tempat kejadian di wilayah An Giang, selatan
Vietnam pada Sabtu lepas.
Menurutnya, seorang lagi penumpang maut semasa dikeluarkan
dari kenderaan tersebut manakala dua lagi masih dirawat di hospital.
Kata Khon semalam, semua mangsa dalam perjalanan pulang
selepas menyertai satu upacara keagamaan di sebuah kuil di puncak gunung
berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat kemalangan tersebut.
Menurut Khon, jalan raya menuju ke kuil berkenaan dibuka pada
2004 dan menarik kehadiran beribu-ribu pelawat pada setiap tahun. - Agensi
No comments:
Post a Comment