expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 6 May 2012

Juke-R dikeluar tak lama lagi





LONDON: Satu daripada kereta hatchback paling mahal di dunia, Nissan Juke-R yang berharga RM1 juta akan mula dikeluarkan pada musim panas ini.



Model itu berdasarkan kereta Juke sebelum ini, tetapi menggunakan casis dan enjin Nissan GT-R yang mempunyai enjin V8 pengecas kembar turbo 3.8 liter dengan 545 kuasa kuda.



Juke-R yang dikeluarkan di Britain, juga mampu untuk memecut dari 0-99 kilometer sejam dalam masa 3.5 saat.



Nissan merancang mengeluarkan kira-kira 20 model Juke-R dengan kenderaan pertama siap pada musim panas ini.

 

Syarikat itu mengesahkan, mereka sudahpun menerima tiga pesanan untuk kereta berharga mahal itu, dua daripadanya daripada warga Dubai.




“Dengan sambutan menggalakkan dan tiga pesanan sudah diterima, kami memutuskan untuk menjadikan kereta itu satu realiti,” kata pegawai kanan Nissan, Gareth Dunmore.



“Sambutan yang kami terima untuk kereta itu di Dubai amat menakjubkan. Mereka membuat pesanan di tepi jalan. “Juke-R sudah menjadi satu fenomena. Dan saya sungguh bangga dengan reaksi yang diterima,” katanya. - DM

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com