NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan Edvard Munch berjudul The
Scream dilelong pada harga AS$120 juta (RM363 juta) kelmarin sekali gus
mencatat rekod baharu sebagai hasil seni yang paling mahal pernah dijual dalam
satu acara lelongan.
Lelongan itu dikendalikan firma Sotheby's.
Munch menghasilkan lukisan itu pada tahun 1895 dan ia menjadi
tarikan utama dalam lelongan tersebut yang dihadiri oleh para pengumpul
lukisan, pengedar dan media.
Lukisan itu pada asalnya dijangka dilelong pada harga AS$80
juta (RM242 juta).
Namun, dua pembida menaikkan harga bidaan tersebut.
Lelongan itu mengatasi rekod jualan lukisan Picasso, Nude,
green, leaves and bust yang dilelong pada harga AS$106.5 (RM323 juta) dua
tahun lalu.
"Ia sangat berbaloi untuk dimiliki," kata Tobias
Meyer yang bertanggungjawab menjadi jurulelong.
Meyer menyifatkan The Scream sebagai ikon terhebat
dalam seni halus.
Bagi peminat seni, The Scream mungkin berada di tempat
kedua selepas potret Mona Lisa.
Pembeli lukisan itu tidak didedahkan. - Agensi
No comments:
Post a Comment