FINE (kanan) memperkatakan mengenai fosil misteri yang ditemuinya kepada beberapa pakar geologi di Perpustakaan Caster, Universiti Cincinnati, Cincinnati pada 20 April lalu.
DAYTON, Amerika Syarikat (AS) - Pakar-pakar di AS cuba untuk
memastikan sama ada fosil seberat 68 kilogram yang ditemui di Kentucky pada
tahun lalu sama ada seekor haiwan, tumbuhan atau galian.
Akhbar Dayton Daily News melaporkan, para saintis
Persatuan Geologi Amerika mengadakan pertemuan pada Selasa lalu di sini untuk
mengkaji fosil tersebut.
Fosil itu berusia 450 juta dan sepanjang lebih dua meter.
Ia ditemui oleh seorang ahli paleontologi amatur, Ron Fine.
No comments:
Post a Comment