GAMBAR yang disiarkan Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Jepun semalam menunjukkan sejumlah cahaya yang dirakamkan Teleskop Subaru di Hawaii.
TOKYO - Beberapa ahli astronomi Jepun mengumumkan semalam
bahawa mereka telah menemui satu gugusan galaksi sejauh 12.72 bilion tahun
cahaya dari Bumi.
Mereka mendakwa gugusan galaksi itu adalah yang paling jauh
pernah ditemui setakat ini.
Penemuan gugusan galaksi berkenaan yang dipercayai wujud
hampir satu bilion tahun selepas kelahiran alam semesta dibuat dengan
menggunakan sebuah teleskop berkuasa tinggi di Pulau Hawaii, Amerika Syarikat.
"Ia menunjukkan gugusan galaksi telah wujud pada
peringkat awal kewujudan alam semesta, kurang satu bilion tahun daripada usia
cakerawala yang kini mencecah 13.7 bilion tahun," kata kumpulan ahli
astronomi itu dalam satu kenyataan media.
No comments:
Post a Comment