BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w.
untuk mencapai doa mustajab:-
·
Anas
bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat
tidak akan ditolak.”
· Sesungguhnya
Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu
sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta
keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
· Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan
orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu
langit dibuka.”
· Ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran
ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
· Hadis
Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan
berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu
melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat
syaitan.”
· Ubadah
bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun
pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila
beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
· Ata
bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan
dipenuhkan.”
·
Hadis
daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan
selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak
dimakbulkan.”
· Hadis
daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu
baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim
dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah,
pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
No comments:
Post a Comment