I
Firman tuhan
dalam Al-Quranul-karim : “ Ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada seorang
pemuda : “ Saya akan terus berjalan, sehingga sampai di pertemuan dua laut atau
saya teruskan perjalanan beberapa lamanya.”
Suratul-Kahfi : 60
Setelah nabi musa dilantik menjadi
khalifah di muka bumi, sesudah mencapai kemenangan di negeri Mesir, Allah
subhanahu-wa-taala memerintah beliau mengingatkan kaumnya tentang nikmat-nikmat
yang telah dikurniai tuhan ke atas mereka, lalu Musa berdiri mengadakan pidato
kepada kaumnya di mana di antara lain beliau berkata:
“Allah telah menganugerahi kepada
kita nikamt-nikmat yang maha besar, oleh itu marilah kita berterima kasih
kepadaNya. Allah telah memilih Nabi kamu dan Allah telah berkata-kata
dengannya.”
Kaumnya menjawab berupa cabaran :
“ Kami telah tahu tentang hal ini. Sekarang kami ingin tahu, siapakah manusia
yang paling alim?”
“Sayalah orang yang paling alim,
jawab Musa dengan tegas. Dengan jawapan ini Allah menempelak Musa kerana
jawapannya itu mengandungi keangjuhan, sedangkan tuhan tidak suka kepada orang-orang
yang angkuh. Oleh yang demikian, Allah menurunkan wahyu kepada Musa :
“Ada seorang hamba yang lebih
alim daripada engkau. Engkau tidak mengetahui sesuatu kecuali apa-apa yang kami
mahu engkau mengetahuinya sahaja.”
Kemudian Musa bertanya
sendirian dengan penuh keraguan :
“Tuhanku! Adakah orang lain
yang lebih alim dan lebih mengetahui daripadfa aku?”
“Ya! Ada seorang hamba yang
lebih alim dan lebih mengetahuidaripada engkau. Ia tahu apa yang engkau tidak
tahu,” jawab tuhan kepada Musa.
“Oh Tuhanku! Siapakah hamba
itu? Tanya Musa dengan penuh semangat ingin mengetahui. “Di mankah aku boleh
bertemu dengannya. Ingin benar aku hendak menemuinya.”
“Dia sekarang tinggal di
pertemuan dua laut ( laut Rum dengan laut parsi). Engkau boleh berjumpa
dengannya,” jawab tuhan memeberi keterangan kepada Musa.
Mendengar jawapan itu, Musa
riang gembira, kemudian ia berkata : “Ya rabbi! Oh Tuhanku! Aku ingin bertemu
dengannya. Bagaimanakah jalan, untuk aku bertemu dengannya?’’
“Allah menegas : “Pergilah!
Aku akan beri panduan dan arahan yang akan menunjukkan engkau untuk
menemuinya.”
Setelah itu mulailah Nabi
Musa bersiap sedia untuk berangkat menemui seorang hamba Allah yang lebih alim
dan lebih mengetahui daripadanya.
II
Hasrat ingin
bertemu dengan seorang hamba Allah yang sealim-alimnya menggaru-garu di hati
Musa. Dia bercita-cita akan berangkat segera menemuinya. Sebelum meneruskan
cita-citanya itu, Musa lebih dahulu menemui seorang pemuda kesayangan dan
harapannya iaitu Yusyak bin Nun. Itulah satu-satunya pemuda harapannya, pemuda
yang tulus ikhlas dalam segenap gerak langkah terhadap Musa, dia beriman dengan
segenap hati dan sepenuh jiwa raganya. Ia belajar dan memetik ilmu pengetahuan
daripada Musa. Dengan tenang dan gembira Musa berkata :
“Oh Yusyak! Aku telah mengambil
keputusan akan mengadakan satu perjalanan, entah jauh entah dekat aku pun tidak
mengetahui. Aku hendak menemui seorang hamba Allah yang alim lagi soleh. Tetapi
aku tak tahu di mana tempatnya. Sudikah engkau turut bersama-sama aku?.”
Dengan penuh keikhlasan Yusyak
menjawab : “Bila-bila masa sahaja saya sentiasa bersedia untuk bersama-sama
tuan. Saya tetap taat setia dan patuh kepada tuan. Bilakah kita hendak
berangkat?.”
Musa tersenyum girang lalu
menjawab : “ Kita akan berangkat dengan seberapa segera.”
“ Kita hendak naik apa tuan?”
Tanya Yusyak. Dan ikut ala mana kita pergi?.”
“ Oh anakanda!” Jawab Musa. “
Kita akan berjalan kaki menyusuri pantai.”
“ Kita hendak ke mana tuan?”
Tanya Yusyak dengan penuh kehairanan.
“ Kita akan pergi ke
pertemuan dua laut−Majmaul-Bahrain,” kata Musa menerangkan. “
Di situlah kita akan berjumpa seorang hamba Allah yang alim lagi soleh.”
“ Di manakah pertemuan dua
laut itu? Tuan tahukah tempatnya, jauh atau pun dekat?.”
“ Oh! Aku tidak tahu di
manakah pertemuan dua laut. Tetapi tak usahlah engkau bimbang, Tuhan akan memandu
kita ke sana,” jawab Musa menegaskan kepada pemudanya.
“ Saya mengikut tuan ke
mana sahaja tuan pergi,” jawab pemudanya memberi jaminan.
III
Setelah
sebulat sepakat dan seia sekata dan barang-barang keperluan dan bekalan selelsai
dikemaskan, mulailah Musa bersama-sama Yusyak meneruskan perjalanannya menyusuri pantai berjalan dengan penuh
semangat di atas hamparan pasir yang putih menuju ke pertemuan dua laut yang
telah diterangkan oleh Allah, tempat tinggal laki-laki soleh yang alim
mereka berjalan beberapa hari dan
beberapa malam tanpa jemu-jemu dan tidak merasa letih dan penat, mereka hanya
berhenti di kala ingin makan bekalan
atau ingin tidur sekadar memberi tenaga kepada tubuh mereka sahaja.
Selesai menghadapi sajian makanan atau bangun dari tidur, mereka meneruskan
lagi perjalanan menuju ke tempat yang dituju. Begitulah mereka kedua dengan
penuh tekad berjalan menyusuri pantai.
Setelah beberapa hari berlalu
dan beberapa jauh mereka berjalan, tiba-tiba pada suatu hari Yusyak bertanya :
“ Masih jauh lagikah perjalanan kita hendak sampai ke pertemuan dua laut?.”
Dengan tenang Musa menjawab :
“Aku sendiri pun tidak mengetahui, entah masih jauh atau sudah hamper. Tetapi
walau bagaimanapun, aku akan terus berjalan sehingga sampai di pertemuan dua
laut atau aku akan teruskan perjalanan ini hingga beberapa lama lagi.”
“ Saya akan mengikut tuan
kemana sahaja tuan pergi hingga kita sampai ke tempat yang kita tuju.”
“ Syabas Yusyak! Baiklah sekarang kita
berhenti sekejap untuk berehat di batu besar ini. Berehatlah Yusyak semoga kita
beroleh tenaga baru untuk meneruskan perjalanan kita lagi. Aku pun hendak
berehat juga sebentar di sini.
* * *
Kedua-duanya baring
disamping batu besar yang terletak di atas pasir di tepi laut, sementara irama
ombak tingkah bertingkah menderu-deru, angina bertiup sepoi-sepoi bahasa, udara
nyaman dan enak mententerakan jiwa. Dalam suasana yang seindah itu, mengantuk
telah bermain-main di mata masing-masing, kemudian mereka tenggelam dalam
ulitan tidur yang senyaman-nyamannya.
Setelah tidur dan berehat
seketika di atas hamparan pasir yang putih bersih di pesisran laut itu mereka
terjaga dari tidur lalu meneruskan lagi perjalanan menuju ke pertemuan dua
laut. Setelah berjalan beberapa ketika, Musa mulai merasa letih dan tak berdaya
lagi hendak berjalan. Di rasa segala anggotanya lesu kaku lantas Musa berhenti
sambil berkata kepada Yusyak : “ Ambillah makanan kita, supaya kita makan
bersama-sama kerana kita mersa penat sekali dalam perjalanan ini. Moga-moga
dengan merasa makana, tenaga kita kan pulih semula dan dapatlah kita meneruskan
perjalanan kita lagi.”
Yusyak termenung sejenak
kemudian ia menepuk-nepuk dahinya tanda kesal lantas dengan keluh penyesalan
dia bersuara : “ Adakah tuan lihat ketika kita berhenti di atas batu tadi, tiba-tiba
lupa saya hendak menceritakan kepada tuan tentang ikan itu. Syaitanlah yang
melupakan saya untuk mengingatkannya. Ikan itu telah mencari jalan ke laut
dengan amat mengkagumkan!.”
Musa tersenyum girang dan
hatinya kembang melebar. Dengan bernafsu ia bertanya ingin mengetahui : “
Bagaimana? Apakah yang telah terjadi kepada ikan itu?.”
Yusyak menjawab : “ Ikan
telah menyusur ke luar mencari jalan ke
laut. Hairan sekali!.”
Hati Musa bertambah
gembira. Di mulutnya bertakhta senyuman kejayaan. Ia bertanya ingin menduga : “
Cuba kau terang, bagaimanakah boleh terjadi!”
Dengan rasa dukacita
dan keluhan kesal Yusyak menjawab : “ Tadi, sewaktu tuan sedang nyenyak tidur,
saya lihat ikan bekalan kita tiba-tiba hidup semula dan menyusur melalui
celah-celah batu turun ke laut. Saya cuba hendak menangkapnya, tetapi tak
dapat. Hairan benar kejadian ini!. Ikan yang telah kita makan separuh dagingnya
itu boleh hidup semula. Lupa saya hendak menceritakan peristiwa yang aneh ini
kepada tuan.”
“ Itulah yang kita
kehendaki,” jawab Musa. “ Tuhan telah memerintah aku membawa ikan, bila iakn
itu hilang, maka di situlah tempat yang kita tuju. Kalau ikan itu telah hilang
di tempat kita berhenti di batu tadi, marilah kita kembali ke sana!”
“ Mereka kedua telah
melampaui tempat yang dituju. Mereka telah jatuh ke hadapan menunggalkan
pertemuan dua laut iaitu Laut Rom dan Parsi. Ikan yang telah dimasak dan telah
dimakan sebahagian dagingnya hidup semula lau turun ke laut melalui celah-celah
batu. Itulah satu-satunya tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada Musa
dengan penuh kagum dan ajaib!!.
IV
Setelah
mengetahui kisah ajaib itu, Musa mengajak pemudanya kembali semula ke tempat
kejadian itu berlaku. Dengan hati yang riang gembira dan penuh semangat mereka
berjalan kembali ke batu besar, tempat persinggahan, sedangkan sebenarnya
itulah tempat yang mereka tuju, di situlah pertemuan dua laut yang telah di
terang oleh Tuhan kepada Musa. Manakala mereka sampai kembali di tempat itu
Musa bertanya : “ Di manakah tempat ikan menyusur ke laut?.”
Yusyak tunduk merenung ke
tempat-tempat lembab, sambil jarinya menuding kea rah suatu mata air di celah
batu lantas berkata : “ Di sini tuan! Ikut mata air inilah ikan tadi turun ke
laut.”
Musa memeriksa mata air itu
dan disusulinya hingga ke laut. Setelah dihalusi di sekitar tempat itu,
didapati di samping batu besar itu setompok rumput yang menghijau subur dan
seorang leki-laki tua, berjanggut putih,
jernih air mukanya sedang khusyuk duduk bersila di situ, berselimut lingkup
dengan kain putih. Melihat datuk tua itu, muka Musa berseri-seri dan selangkah
demi selangkah dia menghampirinya lantas mengucap salam kepadanya :
“ Assalamualaikum ya habiballah”
“ Orang tua itu menoleh
kepada Musa dengan wajah berseri-seri seraya menjawab salamnya : “
Waalaikumussalam ya Nabi Allah!”
“ Kemudian ia
mempersilakan Musa dengan penuh kehormatan duduk di sampingnya. Musa terpegun
kagum lantas bertanya : “ Tuam kenal saya?!.”
“ Ya saya kenal awak!
Tidakkah awak bernama Musa, Nabi orang-orang Israil?” Musa bertambah hairan
mendengar jawapan itu. Ia bertanya : “ Siapakah yang memberitahu tuan tentang
diri saya?”
“ Orang tua itu menjawab
: “ Yang memberitahu bahawa tentang awak ialah yang memberitahu awak tentang
saya dan tempat tinggal saya.”
“ Mendengar jawapan itu
ketahuilah Musa bahawa dia sedang
berhadapan dengan orang yang dicari-carinya. Itulah satu-satunya laki-laki yang
telah dikurniai Tuhan segala rahmat dan ilmu pengetahuan yang banyak. Dia telah dipilih sebagai wali Allah yang
sebenarnya. Sebagaimnana firman Tuhan :
“ Setelah keduanya sampai di tempat itu, didapatinya di sana seorang hamba
Kami, yang telah Kami kurniakan
rahmat Kami dan yang telah Kami ajarkan ilmu pengetahuan kepadanya.”
“ Kemudian dengan
lemah-lembut dan penuh kesopanan serta tawaduk Musa memecah kesepian :
“ Bolehkan saya
mengikuti tuan, supaya dapat tuan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada saya yang
telah diberikan Tuhan kepada tuan menjadi petunjuk?.”
“ Orang tua itu tersenyum
dan menjawab : “ Sesungguhnya engkau tidak mungkin menahan sabar bersama-sama
saya.”
“ Dengan tegas Musa
menjawab : “ Saya akan menahan sabar saya dengan sedaya upaya saya.”
Orang tua itu
tersenyum sambil kepalanya menggeleng-geleng dan berkata : “ Bagaimana kau
boleh menahan sabar tentang sesuatu yang belum menjadi pengalaman bagi engkau.
Oh Musa! Pengetahuan yang aku mengetahui berlainan dengan pengetahuan yang
engkau ketahui. Engkau tidak akan sabar melihat apa yang terbit dari
pengetahuan aku.”
Musa memberi
pengakuan : “ Tuan boleh lihat nanti! Insya- Allah saya seorang yang sabar dan
tidak akan menderhaka kepada perintah tuan.”
Tiba-tiba seekor
burung pipit hinggap di atas sebuah batu di dalam air kemudian terbang ke
angkasa lepas. Musa dan orang tua itu melihat keadaan burung itu, kemudian
orang tua itu berkata :
“ Kau lihat Musa,
apakah benda yang di paruh burung itu yang diambilnya dari air? Begitulah
ibarat pengetahuan aku dan pengetahuan engkau di sisi Allah laksana benda yang
di paruh burung itu yang diambilnya dari laut yang maha luas itu. Kalau dah
engkau berazam hendak mengikut aku, maka syaratnya, janganlah engkau
bertanyakan sesuatu kepada aku. Nanti aku kaan terangkan kepada engkau apa
ertinya.”
“ Terima kasih
tuan! Saya akan menurut syarat itu.”
V
Bayu bertiup
sepoi-sepoi bahasa, ombak menderu-deru menghempaskan dirinya di perairan di
tepi pantai. Orang tua, Musa dan Yusyak berjalan menyusuri pantai. Tiba- tiba
kelihatan sebuah perahu sedang berlayar melenggang-lengguk, menari dipukul
ombak di permukaan air. Orang tua menggamit perahu itu supaya menghampiri
pantai. Anak-anak perahu melihat mereka dengan penuh kehairanan. Di antara
mereka ada yang berkata :
“ Orang- orang itu
memanggil kita. Mungkin mereka ingin menumpang bersama-sama kita.”
“ Barangkali lanun
agaknya. Cuba kau lihat mereka tidak membawa apa-apa barang bersama mereka.”
“ Tidak ! Mereka itu bukan
lanun. Cuba kamu lihat wajah mereka jernih dan berseri-seri. Mereka orang
baik-baik.”
“ Kalau begitu, baiklah
kita mendarat sekarang mengambil mereka.”
“ Dengan perlahan-lahan
perahu menuju kea rah mereka. Setelah perahu berlabuh, orang tua itu berkata
kepada anak-anak kapal : “ Sudi kiranya tuan-tuan membawa kami bersama-sama
tuan. Tetapi kami tidak mempunyai apa-apa untuk tambang.”
“ Anak-anak perahu
memandang kagum kepada mereka. Kemudian seorang daripada anak-anak perahu
berkata : “ Kami menerima tuan-tuan dengan segala senang hati.Silalah tuan-tuan
naik ke perahu !.”
* * *
Berlayarlah
perahu membelah laut. Anak-anak perahu melayani mereka bertiga dengan penuh
kehormatan. Setelah berlayar beberapa lama maka mereka telah menghampiri suatu
pelabuhan tiba-tiba Musa terperanjat
melihat orang tua itu menakik-nakik dinding perahu dengan kapak hingga
berlubang dan pecah.
Musa naik radang melihat
kelakuan orang tua yang ganjil itu lantas dengan bengis berkata : “ Apakah yang
telah engkau lakukan? Beginikah budi yang engkau balas kepada anak-anak kapal
yang mengambil kita tanpa bayaran dan tambang ? Engkau memecahkan perahu ini
supaya penumpang-penumpangnya karam dan tenggelam ke dalam laut ? Sesungguhnya
adalah perbuatan engkau amat jahat sekali!.”
Dengan tenang orang uta
itu menjawab : “ Bukankah sudah ku katakana kepadamu : Engkau tak dapat sabar
bersama-sama aku?” Baru Musa teringat akan janjinya. Hatinya tertanya-tanya
akan perbuatan orang tua tiu, tetapi dia tak berani menyangkalnya lagi. Dengan
perasaan bersalah dan keluhan penyesalan ia berkata :
“ Maafkan di atas
keterlanjuran saya! Janganlah tuan mengambil salah dengan kelupaan saya, dan
janganlah tuan menyusahkan saya kerana kesalahan itu.”
* * *
Perahu
berlabuh dan mereka bertiga turun dari perahu menuju ke Bandar. Mereka
merayau-rayau di kota itu. Tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang anak
laki-laki yang sedang bermain-main. Orang tua itu menghampirinya lalu menangkap
kanak-kanak itu dan mencekik lehernya hingga mati.
Musa memerhati perbuatan
orang tua itu dengan penuh kehairanan. Hatinya meluap-luap, kemarahan. Kemudian
dengan suara marah ia menengking : “ Hai orang tua! Mengapa engkau bunuh jiwa
yang suci dan tidak bersalah ini ? Sesungguhnya engkau telah memperbuat suatu
yang munkar.”
Dengan tenang orang tua
menjawab : “ Bukankah telah ku katakana kepadamu : Engkau takkan sabar
bersamaku ?’
Mendengar keterangan
itu, Musa merasa menyesal. Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak
berguna. Hatinya semakin hairan melihat perbuatan orang tua itu. Kemudian
dengan suara merendah ia berkata : “ Jika saya betanya lagi sesudah ini, tak
usahlah saya dibawa menjadi teman lagi. Sesungguhnya telah cukup tuan memberi
keuzuran kepada saya.”
* * *
Mereka terus
berjalan. Matahari hamper-hampir menjunam ke perut bumi, sedikit demi sedikit
malam melabuhkan tirainya, kemudian suasana alam sekitar didakapi gelap-gelita,
angin mulai bertiup sejuk, langit dipenuhi mega mendung, suasana redup dam
muram kemudian hujan mulai menitis. Mereka telah sampai ke sebuah kampong lalu
merayau ke sana ke mari mencari tempat tumpang berteduh. Perut mereka mulai
berkeroncong lapar. Tetapi tidak seorang pun ahli kampong tersebut sudi memberi
mereka tumpang berteduh dan memberi makan kepada meraka dengan percuma.
Setelah puas berjalan
mencari tempat untuk bermalam dan meminta belas kasihan dari orang –orang
kampong supaya memberi makan kepada mereka tetapi orang-orang kampong tak seorang
pun sudi menerima mereka dengan percuma. Maka Musa dan Yusyak pun berteduh
dibawah bayangan diding sebuah rumah yang telah condong hamper-hampir roboh
mencium bumi, sementara orang tua itu sibuk bekerja membaiki dinding yang
hamper roboh itu.
Musa memerhati perbuatan orang
tua itu dengan penuh minat. Dalam hatinya berkecamuk dengan berbagai-bagai
soalan. Ia menyangka orang uta itu bekerja kerana mengambil upah untuk memebeli bahan makanan
buat pengalas perut.
Setelah selesai membaikinya, dengan
tiba-tiba orang tua itu mengajak Musa menruskan perjalanan. Musa merasa hairan
melihat telatah orang tua itu, lantas dengan penuh kehairanan ia bertanya : “
Apa guna tuan dirikan dinding yang hamper roboh ini,kalau tidak meminta upah
dari tuannya. Kalau tuan mahu, tentu tuan terima upahnya.”
Orang tua itu merenung
ke wajah Musa dan dengan tengan dia berkata : “ Inilah masa perpisahan antara
saya dengan awak. Tak usahlah awak berdukacitra, akan saya ceritakan kepada
awak tentang keterangan perbuatan –perbuatan saya yang awak tak sanggup sabart
di atasnya itu.”
“ Memang benar apa
yang telah tuan katakan : Saya tak dapat menahan sabar melihat perbuatan
–perbuatan tuan. Saya tak dapat mengunci lidah saya daripadan bertanya.”
VI
Kedua-duanya
duduk disuatu sudut yang sunyi dan terpencil dari orang ramai. Dengan hati-hati
orang uta itu memulakan penafsiran atas perbuatan – perbuatannya. Ia berkata. “
Tanya wahai Musa apa yang engkau suka!”
Dengan penuh minat
Musa berkata : “ Apakah halnya dengan perahu yang kita tumpangi itu?.”
Orang tua itu menjawab
: “ Adapan perahu itu adalah kepunyaan
orang-orangm iskin yang bekerja di tengah laut. Dengan sengaja saya
merosakkannya, kerana di sana ada seorang raja yang merampas perahu-perahu yang
elok. Jika perahu yang telah rosak, tidaklah lagi dirampasnya. Sebab itulah
saya merosakkan perahu itu supaya raja tidak merampasnya. Dengan itu senanglah
anal-anak perahu itu meneruskan pencarian mereka.”
“ Kalau begitu, jelaslah bagi saya
kedudukannya yang sebenar,” kawab Musa. “ Apa hal pula tuan membunuh
kanak-kanak yang tak berdosa itu?.”
“ Adapun anak kecil
itu, kedua-dua ibubapanya adalah orang beriman. Kami takut kalau-kalau ia
memaksa keduanya menjadi aniaya dan kafir. Maka kami kehendaki supaya Tuhan
menggantikan dengan anak yang soleh, yang lebih suci daripadanya dan lebih
penyantun kepada ibubapanya.”
“ Musa mendesak lagi :
“ Mengapa pula tuan mendirikan dinding yang hamper-hampir roboh itu?”
“ Ada pun dinding itu
adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu. Di bawah dinding itu ada
harta kepunyaan mereka. Ayah keduanya orang soleh. Maka Tuhan engkau
menghendaki supaya kedua-duanya sampai umur lalu kedua-duanya mengeluarkan
harta itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu. Perbuatanku itu, bukanlah dengan
kehendak aku sendiri. Itulah penafsiran perkara yang engkau tidak sabar itu.”
Mendengar keterangan-keterangan
itu barulah Musa berpuas hati dengan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan
oleh orang tua yang soleh lagi alim itu. Kemudian Musa menoleh kepadanya sambil
berkata : “ Sekarang tahulah saya setakat manakah ilmu yang telah dikurniakan Tuhan
kepada tuan dan setakat manakah pula ilmu yang ada pada saya. Memang benar saya
tidak sabar melihat sesuatu kejadian yang pada lahirnya tidak baik, pada hal
sebenarnya di sebalik kejadian-kejadian itu tersimpan nikmat-nikmat dan
hikmat-hikmat yang tersembunyi.”
Orang tua itu
merenung ke wajah Musa seraya berkata : “ Ilmu Tuhan itu memang luas, dan
begitu juga hikmat-hikmatNya banyak tidak terduga. Kebanyakan orang menyangka
sesuautu yang menimpa mereka itu buruk dan bencana, sedangkan sebenarnya di
sebalik kejadian itu tersembunyi rahmat-rahmat dan keampunan Tuhan!”
Musa menoleh kepada
orang tua itu dan berkata : “ Oh tuan yang alim ! Sudah lama jugaa kita
berjalan bersama-sama, tetapi saya belum mnegetahui nama tuan. Sudilah kiranya tuan menceritakan
kepada saya siapakah nama tuan yang sebenarnya!.”
Orang tua itu
tersenyum dan berkata : “ Nama saya Balya atau dengan bahasa Arab : Ahmad bin
Mulkan. Timang-timangan saya Khidzr dan gelaran saya : Abul-Abbas.”
No comments:
Post a Comment