SEORANG ahli fizik, Daniel Schildhammer memakai pakaian angkasa lepas di dalam sebuah gua di Gunung Dachstein dekat Obertraun, Austria pada 28 April lalu.- REUTERS
OBERTRAUN, Austria - Sekumpulan saintis telah menguji
beberapa teknologi terbaharu yang akan digunakan dalam misi ke planet Marikh.
Ujian selama 11 hari yang bermula pada 28 April lalu itu
dianjurkan Forum Angkasa Lepas Austria.
Ia melibatkan ujian sut angkasa lepas, kamera tiga dimensi,
radar, kenderaan penjelajah dan sistem komunikasi serta kit pensterilan.
Ujian tersebut dilakukan dalam sebuah gua di Gunung Dachstein
dekat sini dan melibatkan saintis dari 11 buah negara. - REUTERS
No comments:
Post a Comment