TAHUKAH anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi dan gusi
yang bengkak adalah disebabkan oleh plak? Memiliki kesihatan mulut yang optimum
adalah penting untuk memiliki personaliti yang meyakinkan.
Percaya atau tidak, memberus gigi adalah salah satu daripada
cara termudah untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan keyakinan diri.
Dalam satu kajian oleh Nielsen untuk kempen Oral-B 'Lebih
Berus, Lebih Senyum Malaysia 2012', 93 peratus responden bersetuju bahawa nafas
yang segar membina keyakinan diri manakala 78 peratus berasa kurang yakin
sekiranya mengalami masalah pereputan gigi. 81 peratus pula akan mengawal
ketawa sekiranya memiliki gusi yang bengkak atau nafas berbau (78 peratus).
Kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan keseluruhan
tubuh lebih daripada yang ramai orang jangkakan. Malah, doktor dan saintis
terus mencari hubung kait antara penyakit mulut dengan penyakit lain.
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa bakteria di dalam
mulut yang menyebabkan keradangan dan jangkitan boleh meningkatkan risiko
jangkitan atau penyakit lain.
Kesihatan keseluruhan Apabila anda memiliki gigi dan gusi
yang sihat, kuranglah bakteria yang akan masuk ke dalam salur darah dan merebak
ke bahagaian tubuh lain. Tetapi pembedahan gigi, ubat-ubatan tertentu atau
penyakit gusi yang berpunca daripada kealpaan menjaga kebersihan gigi
membolehkan bakteria tersebut merebak.
Pada dasarnya, anda mampu melindungi dan meningkatkan
kesihatan tubuh dengan menjaga kesihatan mulut. Beruslah gigi dua kali sehari
dan gunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari.
Penjagaan gigi sempurna elak banyak masalah Kesan penjagaan
gigi yang lemah termasuk pereputan dan kaviti hinggalah ke gingivitis,
periodontitis dan kehilangan gigi. Penjagaan gigi yang betul termasuk
membersihkan gigi dengan kerap mampu mencegah kebanyakan masalah tersebut.
Sekiranya anda tidak membersihkan gigi dengan baik setiap
hari, anda meningkatkan risiko mendapat pereputan gigi. Tanda-tanda awal
pereputan gigi termasuk lubang pada gigi, kesakitan apabila menggigit atau rasa
sensitif dan sakit pada gigi.
Apabila karbohidrat dalam makanan dan minuman yang diambil
tidak dibersihkan daripada gigi dengan kerap, ia menjadi pemangkin kepada
bakteria penyebab kaviti. Bakteria ini mampu membentuk plak seawal 20 minit
selepas makan. Jadi, sekiranya anda penggemar snek, anda mungkin mahu
membersihkan gigi lebih daripada dua kali sehari.
Sebenarnya, bakteria akan sentiasa wujud di dalam mulut dan
membersihkan gigi dengan kerap serta mengurangkan makanan bergula mampu
menghalang pereputan gigi.
Membersihkan gigi juga menghalang bakteria penyebab kaviti
daripada terus menyebabkan gingivitis atau penyakit gusi.
Rutin penjagaan gigiPastikan gigi anda bersih dan bebas
kaviti dengan melakukan rutin penjagaan iaitu memberus dua kali sehari dan
menggunakan flos. Berkunjunglah ke doktor gigi sekurang-kurangnya sekali
setahun untuk pembersihan gigi profesional dan memeriksa keadaan gigi sebelum
menjadi lebih serius.
Doktor gigi anda mungkin akan menyarankan penggunaan berus
gigi, flos dan ubat kumur tertentu bagi mendapatkan penjagaan gigi yang
maksimum.
No comments:
Post a Comment