Anda perlu melakukan penyelidikan ke atas doktor dan kelengkapan pembedahan plastik hospital yang berkenaan sebelum memilih prosedur ini.
MERUBAH paras rupa untuk menjadi cantik kini menjadi trend
yang semakin popular di Asia terutamanya Korea dan Jepun.
Percaya atau tidak, golongan ibu bapa remaja Jepun mahupun
Korea kini sanggup memperuntukkan sejumlah wang kepada anak-anak mereka untuk
melakukan pembedahan plastik sebagai hadiah hari jadi.
Pembedahan plastik atau nama glamornya pembedahan kosmetik
bagaikan sudah menjadi gaya hidup golongan selebriti walaupun menyedari ada
risikonya.
Bukan semua pembedahan plastik berjaya 100 peratus seperti
yang diimpikan.
Lebih menakutkan, kompilasi yang dihadapi ketika atau selepas
pembedahan. Malah, ada yang maut di meja bedah.
Antara kisah tragis kegagalan pembedahan plastik membabitkan
Hang Mioku, seorang wanita dari Korea Selatan.
Dia dikatakan obses melakukan pembedahan plastik pada
beberapa bahagian wajah sejak pertama kali melakukannya ketika berusia 28
tahun. Pembedahan demi pembedahan dilakukan malangnya bukan menambah cantik
pada wajah Mioku sebaliknya membuatkan mukanya semakin membengkak. Doktor bedah
tidak lagi mahu melakukan prosedur pembedahan plastik di wajahnya sebaliknya menyarankan
Mioku menemui pakar jiwa.
Perubahan wajah Mioku terlalu ketara hinggakan ibu bapanya
sendiri tidak mengenalinya.
Paling teruk, wanita itu sanggup menyuntik sendiri wajahnya
dengan minyak masak apabila kehabisan silikon yang memburukkan lagi keadaan
parasnya.
Obses"Jika anda teliti gambar selebriti Korea, mereka
sebenarnya mempunyai persamaan dari segi bentuk mata, hidung dan mulut. Ya,
mereka comel, cantik dan kacak. Tetapi akibat pembedahan plastik, mereka tiada
keaslian diri."
Itu pendapat Pakar Estetik dan Antipenuaan, Dr. Alice
Prethima ketika mengulas isu obses rakyat Korea Selatan terhadap pembedahan
plastik.
Bagaimanapun, bukan semua pembedahan plas tik itu bertujuan
memenuhi naluri untuk kelihatan cantik.
Selain tujuan kosmetik, pembedahan plastik juga berfungsi
untuk merawat kesan calar, luka atau parut pada tubuh badan manusia.
"Ramai di luar sana terpaksa menjalani pembedahan
plastik untuk menutup kesan parut, luka dan terbakar terutama pada wajah,"
jelas Dr. Alice.
Walaupun kes pembedahan plastik di Malaysia tidak setinggi di
Korea, ia juga semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Dr. Alice mengakui Malaysia masih kekurangan pakar dalam
pembedahan plastik berbanding dengan negara Asia Timur itu.
"Justeru, anda perlu berhati-hati memilih kaedah
pembedahan plastik. Ini kerana terdapat segelintir 'doktor' yang mungkin mahu
mengaut keuntungan dengan menawarkan pembedahan plastik di rumah, hotel atau
salon," ujarnya.
Justeru Dr. Alice menasihatkan, sebelum seseorang memilih
untuk melakukan pembedahan plastik, ketahui tujuan mereka melakukannya terlebih
dahulu.
"Kemudian, kunjungi klinik tersebut dan pastikan
kelengkapan pembedahan mencukupi.
"Jika tidak, anda mungkin menerima akibat buruk daripada
prosedur pembedahan yang dijalani," ujarnya.
No comments:
Post a Comment