TOKYO - Seorang terbunuh apabila puting beliung melanda
bandar Tsukuba di timur laut Jepun semalam manakala puluhan lagi mengalami
kecederaan.
Sejumlah bangunan dan rumah musnah dalam kejadian itu yang
berlaku 60 kilometer dari Tokyo.
Bandar Tsukuba itu merupakan sebuah pusat sains yang
menempatkan beberapa institut akademik dan penyelidikan.
Bagaimanapun, puting beliung itu melanda di kawasan kediaman
penduduk.
Mangsa yang terbunuh itu merupakan seorang remaja yang
berusia 14 tahun.
Menurut Pusat Perubatan Tsukuba, dia mati selepas mengalami
kecederaan.
Lebih 30 orang cedera dengan sepuluh daripadanya dirawat di
hospital, kata beberapa pegawai bomba.
Stesen televisyen NHK menunjukkan imej sejumlah rumah tidak
mempunyai bumbung.
Kira-kira 200 buah rumah dilaporkan rosak.
Kira-kira 24,000 kediaman tidak mendapat bekalan elektrik.
Kejadian puting beliung jarang berlaku di kawasan Tokyo. -
Agensi
No comments:
Post a Comment