MOTOSIKAL Harley-Davidson yang hanyut dari Jepun dipamerkan kepada orang ramai.
LANGFORD, British Columbia - Sebuah motosikal Harley-Davidson
yang hanyut dari timur laut Jepun hingga ke sebuah pantai di Kanada telah
dibersihkan dan dibaik pulih di sebuah kedai di sini, lapor akhbar Toronto
Sun semalam.
Motosikal Harley Davidson Nigth Train keluaran tahun 2004
milik Ikuo Yokoyama, 29, dari Yamamoto, Jepun itu dihanyutkan selepas tsunami
melanda pada 11 Mac 2011.
Ia terdampar di Pulau Graham, 800 kilometer dari bandar raya
Vancouver, Kanada pada bulan lepas selepas hanyut sejauh 6,400 kilometer.
Motosikal itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan, Peter
Mark pada 18 April lalu.
Ia dihantar dengan menggunakan trak ke kedai Harley Davidson
milik Steve Drane untuk dibersihkan secara percuma sebelum dihantar pulang ke
Jepun.
Pihak Harley-Davidson Jepun membiayai kos membersihkan dan
membaik pulih motosikal itu.
Pemilik motosikal itu dikesan melalui nombor pendaftaran
motosikal tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment