GAMBAR fail pada 28 Mac 2012
menunjukkan Marina Usher Mazur berada
di kediaman tiga bilik miliknya di London.
di kediaman tiga bilik miliknya di London.
LONDON, United Kingdom (UK) - Harga bilik hotel dan rumah
tumpangan di ibu kota UK dijangka melambung tinggi menjelang temasya sukan
Olimpik 2012 di sini Julai depan.
Harga bilik hotel bajet Hotel Travelodge yang terletak
berdekatan Stadium Olmpik di sini melonjak daripada £50 (RM246) kepada £270
(RM1,332) semalam lewat Julai depan.
"Harga sewa bilik hotel tidak akan turun," kata
presiden sebuah persatuan industri perhotelan tempatan, David Roche.
Menurutnya, harga tinggi itu bukan bermakna pemilik hotel
menjadi tamak tetapi mereka perlu menampung kerugian akibat kelembapan ekonomi
yang melanda Britain pada masa ini.
Selain hotel dan rumah tumpangan, pemilik kediaman di sini
turut mengambil kesempatan menyewakan hartanah mereka pada harga tinggi.
Sewa yang dikenakan pula berbeza daripada serendah £75
(RM370) sehari untuk bilik flat kepada hampir £20,000 (RM98,714) untuk sewa
sebuah rumah bandar selama seminggu.
Seorang wanita, Marina Usher Mazur memberitahu, dia
menyewakan sebuah kediaman kedua tiga bilik di sini pada kadar £6,000
(RM29,614) sepanjang temasya sukan terbesar dui dunia itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment