SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.
BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal
selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti
gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik
telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah
limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah
dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada
kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. -
Reuters
No comments:
Post a Comment