PERSATUAN
Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang mengkaji untuk mengurangkan bilangan
pasukan Liga Super yang kini disertai 14 pasukan negeri dan kelab.
Struktur
liga utama bola sepak kebangsaan itu berkemungkinan akan dirombak sekali lagi
bagi meningkatkan martabat liga bola sepak negara ini.
Setiausaha
Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, ia
masih dalam peringkat perbincangan.
“Kita akan
mengurangkan pasukan dan akan dibincang di peringkat Jawatankuasa Pertandingan
Tempatan (JKPT) FAM untuk menentukan perkara tersebut,” katanya.
Untuk rekod,
bagi musim ini sebanyak 14 pasukan telah menyertai saingan Liga Super seperti
Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Harimau Muda A, Perak, Johor FC, Negeri
Sembilan, T-Team, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan Pahang serta Perlis
sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004.
Sementara
itu, diminta mengulas lanjut sama ada akan melanjutkan tarikh tutup pendaftaran
pemain import bagi saingan Liga Super 2012 pada 8 Disember, Azzuddin menegaskan
FAM tidak akan bertolak ansur kerana tempoh yang diberikan sejak Ogos lalu
sepatutnya sudah dipenuhi setiap pasukan.
“FAM telah
memberi masa yang cukup kepada setiap pasukan untuk menyediakan segala
keperluan yang ditetapkan untuk pendaftaran pasukan,” katanya.
Enggan
menunding jari mana-mana pihak, Azzuddin membidas pengurusan pasukan perlu
lebih profesional dan sistematik kerana tarikh tersebut telah dimaklumkan lebih
awal.
“Ini kerana
setiap tahun masih masalah yang sama iaitu memohon rayuan untuk lanjutkan
tarikh tutup dengan alasan kesuntukan masa,” katanya.
Bagaimanapun
katanya, pasukan yang gagal mendaftar sehingga tarikh tutup esok, JKPT akan
menasihatkan mereka boleh berbuat demikian pada pendaftaran kali kedua pada 6
hingga 20 April 2012.
“Kita tidak
boleh lanjutkan lagi kerana ia akan menjejaskan persiapan sekretariat untuk
penjadualan perlawanan dan lain-lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment