TERENGGANU
meletak sasaran untuk mempertahankan kejuaraan buat kali keempat
berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung
di Pahang Julai ini.
Reputasi
terbaik Terengganu setelah berjaya mencatat hatrik kejuaraan pada temasya yang
lepas menambah suntikan kepada semua atlet untuk mengekalkan kecemerlangan sama
tahun ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat bagaimanapun berkata, rekod itu
mungkin sukar dikekalkan berikutan beberapa acara yang membantu Terengganu
merangkul tempat pertama sebelum ini tidak lagi dipertandingkan, antaranya
sukan kenu yang banyak menyumbang emas.
Keadaan itu
sekali gus boleh menjejaskan usaha Terengganu mengekalkan muncul pasukan negeri
terbaik selepas berbuat demikian ketika menjadi tuan rumah Sukma ke-12, Sukma
ke-13 di Melaka dan Sukma ke-14 di Kuala Lumpur.
Pada temasya
kali ini kontinjen Terengganu bakal menyertai 24 acara sukan yang menawarkan
1,179 pingat.
Temasya itu
mempertandingkan 18 sukan wajib seperti olahraga, menembak, pencak silat,
tenpin boling dan skuasy serta lima sukan pilihan iaitu tinju, golf, petanque,
bola tampar dan ekuestrian. -Bernama.
No comments:
Post a Comment