RAMAI yang terpaksa memakai cermin mata atau kanta lekap
apabila mengalami myopia (rabun jauh) atau hyperopia (rabun dekat).
Memakai cermin mata atau kanta lekap memang remeh kerana
perlu penjagaan rapi selain mungkin tersilap letak.
Sebelum ini mereka yang ingin 'membuang' cermin mata atau
kanta lekap mendapatkan rawatan LASIK yang sentiasa dikemas kini.
Tetapi bukan semua sesuai untuk mendapatkan rawatan LASIK
seperti pesakit yang mengalami masalah penglihatan rabun jauh yang teruk atau
mereka dengan kornea nipis.
Terkini satu teknologi baru bukan saja dapat 'membuang'
cermin mata dan kanta lekap bahkan mampu meningkatkan daya penglihatan seperti
televisyen berdefinisi tinggi penuh (Full HD).
Syarikat penjagaan mata, VISTA Eye Specialist (VISTA)
memperkenalkan Visian Implantable Collamer Lens (ICL) V4c CentraFLOW
yang lebih baik berbanding produk sebelumnya.
Dengan Visian ICL V4c pesakit boleh mendapat kualiti
penglihatan lebih tajam, jelas dan terang dengan dimensi dan jarak lebih hebat
atau lebih tepat Penglihatan Berdefinisi Tinggi.
Teknologi Visian ICL V4c CentraFLOW mempunyai bukaan yang
telah dipatenkan KS-AquaPORT yang terletak di tengah kanta ICL bagi memastikan
pengaliran cecair dalam mata lancar selain mengekalkan kestabilan tekanan dalam
mata.
Ketua Pegawai Oftalmologi, Pakar Bedah Katarak dan Refraksi
VISTA Eye Specialist, Dr. Aloysius Joseph Low berkata, sebelum ini, pakar bedah
perlu melakukan pembedahan kecil YAG peripheral iridotomy dua minggu
sebelum memasukkan implan ICL.
"Dalam prosedur berkenaan, dua bukaan kecil dibuat di
bahagian tepi iris (bahagian mata berwarna) yang terletak di antara kanta
semulajadi mata dan ruang depan mata," katanya.
Bukaan ini bertindak sebagai saluran semulajadi cecair antara
dua kawasan mata tersebut untuk mengelakkan peningkatan tekanan intraocular di
dalam mata.
Menurut Dr. Aloysius, dengan teknologi CentraFLOW™ kanta
Visian® ICL V4c, prosedur YAG peripheral iriditomy ini tidak diperlukan
lagi.
"Ini membuatkan implan menjadi lebih mudah, tidak
langsung menyakitkan dan menjadi pilihan utama pesakit," katanya.
Selain kualiti penglihatan berdefinisi tinggi, pesakit yang
menggunakan implan turut tidak mengalami peningkatan tekanan intraocular
yang boleh menyebabkan glukoma.
Visian® ICL V4c diperbuat daripada Collamer®, bahan kanta bio
berteknologi tinggi eksklusif oleh Syarikat STAAR® Surgical.
"Bahan kanta Visian® ICL V4c juga mengandungi penghalang
UV yang boleh menghindarkan sinaran UVA dan UVB bahaya daripada memasuki mata.
"Visian® ICL V4c selaku kanta yang boleh dilipat akan
diletakkan secara pembedahan melalui bukaan yang kecil di belakang iris
mata," katanya.
Ia berfungsi dengan baik bersama kanta semulajadi sedia ada
untuk membetulkan penglihatan tanpa merubah struktur semulajadi mata.
Bagaimana Visian® ICL V4c dimasukkan ke dalam mata?
Dr. Aloysius menambah prosedur berkenaan hanya mengambil masa
lebih kurang 10 minit untuk satu mata dan tidak menyakitkan.
"Pesakit boleh melakukannya bagi mata kedua selepas berehat
selama sejam," katanya.
Setelah memberikan pelalian topikal, pakar oftalmologi akan
memulakan prosedur dengan melakukan satu atau dua bukaan kecil di tapak kornea.
Seterusnya sejenis gel akan dimasukkan ke dalam mata untuk
melindunginya semasa meletakkan kanta (gel tersebut akan dibuang selepas
prosedur).
Setelah memasukkan gel, kanta ICL yang telah dilipat akan
diletakkan ke dalam katrij kecil dan kemudian dimasukkan ke dalam mata melalui
bukaan kecil tadi.
Setelah kanta implan terbuka sepenuhnya, keempat-empat
bahagian tepi kanta akan berada di belakang iris mata hitam.
Ini menjadikan ia tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
Memandangkan pembedahan tersebut amat kecil, ia tidak memerlukan jahitan.
Prosedur ini amat sesuai untuk mereka yang aktif kerana bukan
saja dapat meneruskan aktiviti seharian dalam masa satu hari tetapi juga dapat
menikmati Penglihatan Berdefinisi Tinggi baru.
Visian® ICL menerima pengiktirafan CE Mark pada 1997 dan
mendapat kelulusan FDA pada 2005. Sejak itu, lebih 250,000 Visian® ICL telah
diimplan di seluruh dunia.
Syarikat STAAR® Surgical menerima pengiktirafan CE Mark untuk
Visian® ICL V4c CentraFLOW™ pada April 2011.
"Sebagai salah satu syarikat pertama yang menawarkan
Visian® ICL di Malaysia pada 2005, kami amat berbangga menawarkan revolusi
Visian® ICL V4c kepada pesakit," katanya.
Sebanyak 36 kes Visian® ICL V4c berjaya dilakukan sejak
Januari 2012 dengan hasil pembedahan yang cemerlang.
Pesakit yang mempunyai gaya hidup aktif dan mereka yang ingin
mendapatkan kualiti Penglihatan Berdefinisi Tinggi boleh mencuba Visian® ICL
V4c.
Peningkatan penglihatan yang berkualiti dan tempoh
penyembuhan yang singkat serta tidak menyakitkan memberikan pengalaman
pemulihan yang baik kepada pesakit.
"Kami komited untuk merubah kehidupan pesakit,
bertepatan dengan misi kami untuk memberi penglihatan yang lebih jelas dan
membawa kesan positif dalam kehidupan mereka," kata Lim Boon Siong, Ketua
Pegawai Eksekutif VISTA.
No comments:
Post a Comment