Peta menunjukkan lokasi Kuala Belait di
Brunei.
BANDAR SERI BEGAWAN - Sejumlah 12 petugas tentera terbunuh
apabila sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Brunei terhempas dengan
kebanyakan mangsa terdiri daripada kadet tentera yang diterbangkan pulang
selepas menjalani latihan di hutan.
Kementerian Pertahanan Brunei menyatakan, helikopter Bell 212
itu terhempas di daerah Kuala Belait, pedalaman Brunei ketika dalam perjalanan
menuju ke sini kelmarin.
"Seramai 12 orang maut dalam nahas ini. Dua kadet
tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh.
Ketika nahas berlaku, helikopter tentera itu membawa 14 orang
termasuk juruterbang.
Kementerian Pertahanan berkenaan tidak menyatakan punca nahas
berlaku.- Agensi
No comments:
Post a Comment