expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 21 July 2012

Kenali pokok bunga





MENZAHIRKAN taman yang dilatari pelbagai bunga-bungaan segar bukan satu tugas mudah kerana kesempurnaan daripada pelbagai aspek perlu diambil kira.

Bagi yang membeli bunga-bungaan pilihan di nurseri bunga sebaik ia digantung atau ditempatkan pada sudut khas, proses mengekalkan keindahannya bermula. 

Dalam apa jua keadaan, kenali bunga-bungaan itu secara mendalam. 



 
Yesterday-today-tomorrow

 
Nama botaninya brunfelsia pauciflora dan ia tergolong dalam famili Solanaceae.



Pokok renek jenis berbunga tumbuh subur di bawah sinaran matahari sepenuhnya, tetapi memerlukan sedikit teduhan atau naungan ketika panas tengah hari. 



Ia boleh hidup di bawah naungan. Ketinggian pokok ini mencapai 3 meter tanpa pemangkasan. 



Pokok ini memerlukan pemangkasan supaya ketinggian dapat dikekalkan pada 0.6 hingga 0.9 meter. 


Bunganya mempunyai lima kelopak ungu tua ketika mekar dan berubah muda akhirnya menjadi putih. 



Ia sangat harum dan boleh dibiak melalui keratan batang dan biji benih. 



Ia memerlukan penyiraman secara tetap dan tidak boleh membiarkan tanah dalam pasu kekeringan. 



Petunia

Pokok ini amat sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan terhad dan bertambah menarik jika ditanam dalam pasu, sekali gus menyuntik semangat taman.


Tanaman yang berasal dari Amerika Selatan itu mempunyai 35 spesies asal dan kebanyakan dikacuk bagi menghasilkan petunia lebih menarik dan lasak.



Petun bermaksud tembakau dan ia sendiri bersifat seperti tembakau. 


Ia tumbuh dalam kelompok atau gugusan pokok yang padat dan berjuntaian kesan batang yang sederhana lembut. 






Ia mampu tumbuh tinggi 0.3 meter dengan daun-daun hijau muda berbentuk bujur dan kecil berbulu halus. 


Petunia memerlukan perlindungan sewajarnya kerana tanah campuran yang digunakan sebagai medium tanaman cepat kering dan ia boleh layu atau mati. 


Medium tanaman berbunga itu unik kerana ia tumbuh subur dalam tanah bersaliran baik dengan kadar atau nisbah campuran 3:2:1 iaitu tanah peroi: tanah gambut:pasir. 


Apabila cuaca panas, siram petunia pagi dan petang manakala musim hujan, siram sekadar perlu saja. 








Bunga kertas atau bougainvillea


Tanaman hiasan popular yang ditanam sejak dulu kerana mampu mempamerkan bunganya yang cantik bersama pelbagai warna menarik, selain senang ditanam dan dijaga.


Ia berasal daripada nama seorang pelayar Perancis, Louis de Bougainville, yang menemuinya di Amerika Selatan pada kurun ke-18.


Keindahan bougainvillea terletak pada beberapa ciri unik termasuk mempunyai bunga pelbagai pilihan warna menarik seperti ungu, merah tua, jingga dan biru.


Dari segi penjagaan, ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari untuk menggalakkan pertumbuhan bunga.


Siram air pagi dan petang pada hari panas. 



Biarkan medium tanaman kering sebelum menyiram semula dan elak air bertakung. 


Pelbagai jenis baja boleh diberi seperti baja hijau untuk pertumbuhan batang dan daun yang sihat terutama selepas pemangkasan. 


Baja merah menggalakkan pertumbuhan bunga.

 


Lantana camara




Turut dikenali bunga pagar dan bunga tahi ayam.


Ia spesies tumbuhan berbunga dalam famili verbena, verbenaceae.


Bunganya mempunyai bentuk menarik, tetapi berbau kurang menyenangkan.


Malah ia juga berada dalam kalangan pokok renek berbulu dan dikatakan berkhasiat dalam perubatan Melayu.


Ketinggiannya boleh mencapai 0.9 hingga 1.5 meter.


Sementara lebarnya boleh mencapai 2.4 meter. 



Bunganya juga berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna seperti kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan. 


Bagaimanapun ia hanya didapati di negara beriklim lembap. 


Buah berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman.

 


Ros

 
Turut dikenali sebagai bunga mawar yang membawa perlambangan elemen cinta dan kasih sayang. 


Ros dalam keluarga rosaceae yang mewarnai keunikan taman dengan kepelbagaian bunga-bungaan. 


Ada spesies induk yang diklasifikasikan sebagai baka liar tumbuh menerusi habitat asal hingga membabitkan lebih kurang 150 jenis. 


Ia sesuai digunakan sebagai tanaman koleksi, pagaran atau dijadikan pokok hiasan latar belakang.

 
Ros antara tanaman yang tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang panjang. 


Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik yang mampu menahan kelembapan dengan julat pH sekitar 5.7. 



Malah, tanaman berkenaan hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 hingga 25 Celsius. 


3 comments:

  1. terima kasih.relax dan enjoy

    ReplyDelete
  2. Saya nak beli benih pokok bunga renek mcm mna ya

    ReplyDelete
  3. Saya nak beli benih pokok bunga renek mcm mna ya

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com