LIMA - Sebanyak 1,200 ekor bangkai burung undan memenuhi
sepanjang kawasan pantai Peru yang mana seminggu selepas 600 ekor bangkai ikan lumba-lumba
turut ditemui terdampar di situ.
Susulan kejadian itu, kerajaan Peru bertindak mengeluarkan
amaran kesihatan dengan mengarahkan penduduk agar menjauhkan diri daripada
kawasan pantai sementara saintis mengkaji punca kematian haiwan berkenaan.
Kementerian Kesihatan turut menyarankan pegawainya agar
menggunakan sarung tangan, topeng mulut dan mengenakan pakaian perlindungan
ketika mengutip bangkai burung itu.
Pegawai di jabatan Kementerian Kesihatan, Oscar Dominguez
berkata, uji kaji terhadap beberapa bangkai burung menunjukkan haiwan berkenaan
kekurangan khasiat makanan, dan tidak berkaitan dengan jangkitan virus selesema
burung.
Pada tahun 1997, kematian burung undan dan ikan lumba-lumba
berlaku secara mendadak di jajaran pantai utara Peru yang didakwa kerana
perubahan iklim iaitu fenomena El Nino.
No comments:
Post a Comment