Institut farmaseutikal halal negara perlu ditubuhkan bagi menjadi rujukan penyelidik untuk menghasilkan ubatan yang halal.- Gambar hiasan
PENGAMBILAN bahan makanan daripada sumber dan proses yang
halal sangat dititikberatkan oleh umat. Sebab itu kewujudan Akta Perihal
Dagangan 2011 (APD 2011) mendapat sambutan baik kerana ia dianggap penyelesaian
kepada kemelut pemakanan halal yang tidak pernah selesai itu.
Ramai yang beranggapan itu memadai dalam memastikan sumber
makanan yang masuk ke dalam tubuh mereka adalah benar-benar halal dan
tayyiba.
Namun, sedarkah kita bahawa setiap manusia termasuk umat
Islam sentiasa mengalirkan darah di dalam tubuh yang mengandungi sumber yang
tidak halal.
Kedengaran agak mengelirukan. Namun itulah situasi sebenar
yang berlaku dalam sektor farmaseutikal di negara ini.
Mustahil jika dikatakan ada dalam kalangan kita yang tidak
pernah mendapat penyakit dan mengambil ubat. Hampir semua penyakit tersebut
memerlukan rawatan dengan bantuan ubat-ubatan.
Namun, sejauhmana keyakinan kita terhadap kesucian
ubat-ubatan tersebut daripada bahan yang tidak halal.
Malah, terdapat banyak ubat-ubatan yang jelas mengandungi
elemen campuran tidak halal.
Inilah yang dibimbangi Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi,
Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Syed Azhar Syed Sulaiman.
Tetapai terdapat juga ubat-ubatan yang terdapat di pasaran di
negara ini tidak halal yang mana ia bertentangan dengan sabda Rasulullah SAW
bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit, dan telah
menjadikan setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah, dan jangan berubat
dengan ubatan yang haram," (riwayat Abu Daud).
Bagaimanapun kata Syed Azhar, dalam situasi ini, Islam
membenarkan umatnya menggunakan bahan yang tidak halal dalam ubatan dengan
dinisbahkan sebagai situasi darurat.
Pun begitu, sudah tiba masanya negara melakukan transformasi
terhadap industri farmaseutikal yang sedia ada kepada farmaseutikal halal.
"Sampai bila negara harus bergantung dengan nisbah
darurat ini? Adakah selama-lamanya tanpa mengambil apa-apa tindakan? Sedangkan
kita mempunyai ramai tenaga pakar dan juga peralatan teknologi yang serba
canggih.
"Oleh itu, para penyelidik dan pakar-pakar dalam bidang
perubatan perlu bekerjasama dalam mengubah industri farmaseutikal negara kepada
sumber halal dengan menubuhkan sebuah badan atau institut farmaseutikal halal
di peringkat negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan
kertas kerja yang bertajuk Ubatan Halal Dalam Industri Farmaseutikal Hari
Ini: Langkah Kepada Penghasilan dan Pemerkasaan dalam seminar Kemelut
Pemakanan Halal anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
baru-baru ini.
Seminar yang berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk
membincangkan penggunaan elemen yang diragui terutamanya unsur babi dan
alternatifnya daripada perspektif pemakanan dan juga meninjau isu kepenggunaan
dan penguatkuasaan berkaitan industri halal.
Sebanyak lima kertas kerja dibentangkan oleh pakar dan ahli
akademik yang berpengalaman dalam penyelidikan halal.
Syed Azhar berkata, institut farmaseutikal halal itu penting
bagi mengumpulkan dan menerbitkan hasil kajian atau penyelesaian terhadap
sesuatu penyelidikan yang dilakukan.
"Fenomena di negara ini, kita mempunyai ramai pakar dan
penyelidik daripada industri dan juga akademik. Tetapi ramai yang hanya pakar
menjalankan kajian masing-masing semata-mata untuk bersaing.
"Kita juga lebih suka memerhati dan meneliti sekadar
atas kertas tanpa mengambil apa-apa tindakan.
"Dengan adanya institut farmaseutikal halal ini, diharap
ia boleh menggabungkan segala kepakaran dalam semua bidang bagi menghasilkan
ubatan yang halal," ujarya.
Sementara itu, Pengurus Besar, Pejabat Transformasi dan
Kecemerlangan Halal, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM), Roziatul Akmam
Osman berkata, terdapat lima perkara perlu dipatuhi bagi mengharuskan
penggunaan ubat-ubatan tidak halal dalam perspektif Islam.
"Lima perkara itu adalah, ubat tersebut mestilah tiada
bahan suci lain yang boleh diguna sebagai ganti. Rawatan perlulah bersifat
kritikal dan sangat diperlukan bagi kesejahteraan pesakit.
"Hanya doktor Muslim yang fasih mengenai ilmu dan hukum
ini sahaja boleh memberikan rawatan menggunakan ubat-ubatan ini. Pesakit dan
waris terdekat haruslah diberikan penerangan sejelasnya oleh doktor mengenai
perkara ini.
"Ubat tersebut hanya boleh digunakan untuk jangkamasa
tertentu sahaja mengikut rawatan yang disyorkan oleh doktor," katanya.
iha memang ada masalah sekarang untuk cari ubat vitamin D.. doktor cina kata ubat tu cuma ada kat farmasi GNC Singapura je.. tapi iha pernah cakap yg kami (pesakit OI) muslim, kami kena tahu bahan2 dalam ubat tu.. bila baca entri ni rasa lega sikit.. :)
ReplyDelete:-)
Delete