1. KAWAL KELAJUAN PERCAKAPAN ANDA
Anda perlu tentukan bila perlu meninggikan suara dan memperlahankan kelajuan suara. Perlahankan kelajuan percakapan anda pada fakta-fakta yang penting.
Sekiranya perlu diulang, maka ulanglah supaya penonton
dapat mencerap maklumat itu.
Jalan terbaik untuk mengawal kelajuan percakapan anda semasa pembentangan adalah dengan cara bertenang.
Cara ini dapat mengurangkan ketakutan anda sekali gus
dapat menenangkan anda. Susun atur perkataan dan ayat yang anda ingin ucapkan.
Jangan tergopoh-gapah hendak menghabiskan ayat dalam satu nafas saja. Semput
anda nanti!
2. NILAI KUALITI SUARA ANDA SEMASA LATIHAN
Sebaiknya anda merakamkan suara semasa latihan pembentangan melalui pita rakaman dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman itu, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya.
Kaedah ini dapat menilai kualiti suara dan ruang untuk
memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik.
Kualiti suara akan memberi kesan kepada penyampaian pembentangan anda. Sekiranya fakta bentangkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun tidak menarik kerana suara yang tidak jelas.
Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik. Di sini
perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.
3. HINDARI ‘NONVOCALIZED PAUSES’
Kurangkan atau pastikan anda tidak menyebut nonvocalized pauses (seperti “umm”, “uhh” dan lain-lain).
4. JADILAH DIRI ANDA
Bercakap ikut keselesaan diri kita tanpa memaksa diri untuk meniru gaya ucapan orang lain. Tumpukan mesej ingin disampaikan.
5. BERHENTI SEKETIKA
Jangan terus-terusan ketika bercakap. Ambil sedikit masa untuk berhenti sebentar. Jadikan kata-kata seperti ‘hadirin sekalian’ dan sebagainya untuk ‘rehat’ dari satu fakta ke satu fakta yang lain. Ia akan menjadikan penonton lebih bersedia semula untuk mendengar semula ucapan anda.
6. KAWAL NADA SUARA ANDA
Bayangkan suara anda seolah-olah sistem ‘amplifier’ yang anda boleh tentukan dan kawal kadar kekuatan suara anda. Ada masanya anda perlu tinggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendah.
Sekiranya anda bercakap dengan nada yang sama sepanjang
pembentangan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara
terbaik.
Kuatkan suara anda pada fakta penting, rendahkan suara
pada perkara sedih atau memerlukan penghayatan. Seorang pemidato selalunya akan
bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan hakim.
nice sharing.. boleh jadikan panduan..
ReplyDeletea ah..panduan utk semua..:-)
Deleteakak memang failjer bab membentangni ... selalu lari...
ReplyDeletetakpe cuba..cuba dulu buat baru tau nak bentang cam ne..lama2 dah biasa jadi nya...
DeleteKomunikasi mmg sgt penting utk membentuk keperibadian diri sama ada dlm kerjaya, kehidupan & bermasyarakat. Sgt baik utk dijadikan panduan.. T kasih kerana sharing.:-)
ReplyDeletesama2..:-)
Deletetq...untuk info nie....
ReplyDeletesama2..:-)
Deletehihi yg paling penting kawal neves, kalo neves mlampau, out smuaa :D
ReplyDeletea ah..betul tu kak mar..:-)
DeleteKelemahan saya selalu cakap laju..hehehe
ReplyDeleteSaya kerap ditegur cakap laju..tapi kerap terlupa..
hehe..lepas nie kena beringat la..:-)
Deleteselalu kalau buat presentation mmg cakap laju je nak cepat abis sebab nervous. huhu..
ReplyDeletememang tu masalah utama bila buat presentation..semua orang alami macam nie..huhu
Deletetips2 yg berguna ni...:) tips nak hilangkang neves sebenarnya senang je...lukis perkataan org kat tapak tangan dan makan...<--- kalau drama jepun la suka wat camni...:P gurau2...
ReplyDeletehehe..:-)
Deleteinfo yang bagus...tq
ReplyDeletehttp://www.noormalashahar.blogspot.com
http://www.noormalashahar.com
sama2..:-)
Deletenice piece of info...ha tapi bab kawal kelajuan tu selalunya akak mengalami masalah di situ...ekekekeke...
ReplyDeletesemua orang mengalami masalah nie kot..:-)
Deleteerr, bab kurangkan laju yang susah nak elakkan tu.. dulu masa sekolah cikgu suruh baca kuat2, bila iha baca dia pandang dinding sambil cakap "kita ni kalau nak baca, jangan laju sangat macam keretapi ye.." dush! sedas sindiran terkena di muka.. :D
ReplyDeletesemua orang baca laju sebab nak cepat sudah..hehe..:-)
Deletekadang2 dh siap skrip bagai, boleh lupe bila kena present..lain yang diprepare, lain yg keluar dari mulut
ReplyDeletehehe..betul jugak tu cheq kaq..ramai yg jadi cam nie..:-)
Deleteinfo yang bagus....sakarang cara komunikasi banyak bercampur dgn bahasa bombastik ( Bahasa pasar )
ReplyDeletebetul tu..tp kena tengok keadaan jugak..ramai yg guna bahasa camtu utk lebih dekat dengar pendengar atau audien..cara macam nie utk mengelakkan dr rasa cepat bosan semua pendengar
DeleteCikgu : Alahai perlahan nye suara....
ReplyDelete. : Tarik nafas ,10 saat and then sambung cakap...
Cikgu : Sama je...perlahan jugak
. : *Rasa nak nangis* putus asa dahh
Cikgu : Ok,stop...orang lain pulak
. : *stress belajar ngan cikgu tuu*😢
Cikgu : Alahai perlahan nye suara....
ReplyDelete. : Tarik nafas ,10 saat and then sambung cakap...
Cikgu : Sama je...perlahan jugak
. : *Rasa nak nangis* putus asa dahh
Cikgu : Ok,stop...orang lain pulak
. : *stress belajar ngan cikgu tuu*😢