expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 13 March 2013

Cara Lelaki Meluahkan Ucapan Cinta




Berbanding wanita, terdapat sesetengah golongan lelaki yang memang dikenali sebagai insan yang sukar untuk meluahkan kata-kata cinta kepada pasangan mereka, selagi mereka bukan lelaki kasanova.


Biarpun bagi wanita apalagi setelah menjadi isteri, luahan kata-kata cinta daripada suami diperlukan untuk menguat atau meyakini kecintaan mereka daripada suami.


Perbezaan yang ketara ini adakalanya tidak difahami oleh isteri menyebabkan mereka gagal untuk memahami apakah suami mereka itu benar-benar menyayangi mereka atau sebaliknya.


Sebenarnya terdapat banyak perkara yang golongan isteri boleh perhatikan daripada sikap suami dan bagaimana mereka melahirkan kecintaan itu biarpun tanpa tiga ucapan kata yang bermakna berkenaan sebagaimana sebahagian ciri-ciri yang dibentangkan di bawah.





1.Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya.


2.Dia mungkin keberatan untuk berbelanja barangan yang mewah untuk dirinya namun dia sanggup membelikan barangan berharga untuk anda pada hari yang istimewa.


3.Selepas makan malam dia membantu anda membasuh pinggan dan membuang sampah daripada hanya menonton televisyen.


4.Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat.




5.Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda.


6.Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda.


7.Dia akan cuba menenangkan anda sekiranya anda rasa bosan dan sanggup membelikan tuala wanita untuk anda sekiranya anda memerlukan.


8.Dia sanggup menghabiskan masa bersama anda melakukan apa yang anda mahu sedangkan dia sendiri bosan dengan aktiviti itu.


9.Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda.
 



10.Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu.


11.Dia tidak kisah dengan kisah silam anda dan paling penting sekiranya dia ke mana-mana dia mahu anda bersamanya.


12.Jika anda sakit, dia akan berada di samping anda.


13.Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari.


14.Dia sanggup bersama anda memilih baju berjam-jam lamanya di pusat membeli-belah dan rasa risau sekiranya melihat anda tidur awal kerana takut anda sedang sakit.






15.Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu.


16.Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa sedap.


17.Dia selalu memakai jam tangan yang anda belikan biarpun tidak mahal berbanding dengan apa yang dia ada.


18.Tidak melupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup anda. Bila anda mengalami kenaikan pangkat atau apa sahaja yang istimewa, dialah insan yang paling gembira melebihi anda.


19.Dia tidak pernah memaksa anda melakukan sesuatu yang anda enggan lakukan dan sekiranya anda silap, dia akan memaafkan dan tidak pernah mengungkit kembali.






20.Gemar memuji anda dalam kalangan anak-anak dan mengangkat barang-barang berat untuk anda ketika membeli-belah.


21.Anda orang pertama yang akan diberitahu sekiranya menerima perkhabaran baik.


22.Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang berbalah.


23.Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama.


24.Sekiranya dia mahu anda mengikut caranya, dia mahu anda berfikir kebaikannya terlebih dahulu.





25.Menerima anda seadanya.


26.Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.


27.Apa yang penting anda memberikannya cinta anda yang mendalam demi mengukuhkan hubungan dalam rumah tangga anda. Tidak perlu si dia menzahirkan kata-kata cinta selalu sekiranya tidak ikhlas dan jujur dengan apa yang diluahkan.




10 comments:

  1. wahh cinta ~~~~ berbunga bunga hati ni heheheheh

    ReplyDelete
  2. err.. kalau orang tu cuma kawan kita je tapi banyak persamaan dalam senarai diatas macam mana pulak tu?

    ReplyDelete
  3. kalau ada my future husband mcm ni.
    how sweet and romantic la kan.
    hehehe ..

    ReplyDelete
  4. Sgt bagus entri ni.. sgt membantu utk menjadikan seseorang lelaki itu insan yg lebih baik, prihatin & romantik. T kasih.

    ReplyDelete
  5. cara lelaki meluahkan cinta x sama dgn perempuan. heheh

    ReplyDelete
  6. hehe panjang jugak senarainya tu...

    ReplyDelete
  7. walaupun dah pernah baca artikel mcm ni..tapi bagus diletakkan dalam blog..rasanya separuh dari kaum lelaki memang susah nak lafaz kata2 cinta ni..

    ReplyDelete
  8. hihi berguna ni dlm memahami lelaki, yela mungkin diorng xluah mlalui kata2 tetapi melalui tingkahlaku. kita sebok duk paksa suh say it ;P

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com