1.Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau
ketakutan atas kematian.
2.Sakit
dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan
jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu
yang berat.
3.Batuk
atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan
cecair di paru-paru.
4.Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja
boleh menyebabkan sakit jantung.
5.Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom
dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.
6.Mual
atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan
jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di
bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu
nafsu makan.
7.Sakit
di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula
dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau
perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit
dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh
datang dan pergi.
8.Denyut
jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila
rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit
jantung, ataupun aritmia.
9.Sukar
bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung
tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.
10.Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal
sedang duduk di kerusi.
11.Tubuh
bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam
tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki,
bengkak.
12.Sangat
lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa
lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di
antara jarinya.
minta simpang jgn la ada simptom2 di atas...
ReplyDeletesemoga menjaga kesihatan dan amalkan pemakanan yg sihat selalu..:-)
Deletekadang2 kita pandang remeh je sakit2 mcm tu kan. perlu lebih alert.
ReplyDeletebetul tu cik na..sekarang nie umur belum tua pon dah ada penyakit..betapa pentingnya kita semua jaga kesihatan diri
DeleteSatu perkara penting yg patut kita ambil tahu tentang sintom pembunuh senyap ni. T kasih.
ReplyDeletebetul tu..ramai yg mati mengejut disebabkan penyakit nie..sama2..:-)
DeleteMalaysia salah satu negara yang paling tinggi berisiko dapat penyakit jantung
ReplyDeletebetul tu cheq kaq..mari lah sama2 kita semua jaga jantung kita..amalkan cara hidup sihat
Deleterisau sungguh ngn pnyakit ni.. mudah2an kita sihat sntiasa..
ReplyDeleteaminn..semoga kita semua amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan harian kita..:-)
Deletebanyak jugak simptom2nya.. info yang berguna, kena belajar ni.. :)
ReplyDeletememang kena belajar..buat pengetahuan utk semua..:-)
Deletealamak...mcm ada tanda2 dah ni...
ReplyDeleteya ke..abg timi kena buat check up secepat mungkin..utk cegah penyakit nie..dah tau jaga kesihatan dr sekarang dan amalkan pemakanan yg sihat..:-)
Deletepha is ada "family history" sakit jantung. so, dikira dlm katagory golongan yg high risk.. kena jaga2 la.. hehe
ReplyDeletea ah..kena jaga2..tp klu amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan,rasanya dpt elakkan penyakit nie..
DeleteInfomasi yang sangat berguna
ReplyDeleteterima kasih..:-)
DeleteOrang kate kalao sakit dibahagian tapak kaki..saya da search kwasan sakit pada tapak kaki saya berdekatan dengan jantung..tp saya xde menghidap simptom2 diatas..agak2 camne yer?
ReplyDeleteSekarang terdapat rawatan jantung secara bebas surgeri (non invasive) dimana masalah jantung dapat diselesaikan dengan menggunakan rawatan Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Rawatan ini mampu memulihkan masalah jantung tersumbat (Coronary Artery Diseases) dan juga masalah vascular (saluran darah) di bahagian lain tubuh. Terbukti 100% berkesan dan selamat. Anda tidak perlu lagi menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) atau stenting/ballon selepas menjalani rawatan EECP ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk www.cardiocare-eecp.blogspot.com atau hubungi 019-6681786 untuk mendapatkan sesi percubaan EECP anda secara percuma. Terdapat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
ReplyDeletepenting untuk tahu simptom2 sakit jantung ni..boleh mencegah dari awl..
ReplyDeletekesihatan dan corak pemakanan juga perlu dijaga.
http://fesyenlawa.blogspot.com/
saya masih muda and saya ada sakit jantung .
ReplyDelete