expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 12 March 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. 


Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.


Antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus


Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. 


Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. 


Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.







2. Melancarkan peredaran darah


Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.



 

3. Meningkatkan kesuburan


Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.




4. Mengurangkan risiko darah tinggi


Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.




5. Mengurangkan tekanan serta tenang


Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. 


Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.




6. Meningkatkan sel darah putih


Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. 


Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

15 comments:

  1. kalau kat kg wajib guna water heater... walaupun mandi pukul 10 pagi... tapi kat bandar ni kul 5 pagi pun boleh je mandi tanpa water heater...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab air kat bandar dah sedia panas kan..saya pon tak tau kenapa..klu kat bandar boleh je mandi ngan air paip biasa pagi2..tp kat kg air paip pagi2 sejuuuk sgt..tunggu pukul 10 pg baru mandi..hehe..:-)

      Delete
  2. kekadang anna mandi gak.. tapi slalunya terlepas la nak mndi sebelum subuh..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya amat baik tapi kakak ni sebelum subuh terus ke dapur, bila azan bunyi baru masuk bilik air. Kadang kalau siap cepat dapatlah mandi sebelum azan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..memang baik mandi sebelum subuh..tp selalu nya ramai yg terlepas mandi kan..:-)

      Delete
  4. Bagus entri ni.. Mmg betul, klu mandi waktu awal pagi sblm subuh dapat memberi tenaga yg lebih baik sepanjang hari. Kalau baru mula mngkin akan mengantuk di waktu pagi tp klu biasakan kita boleh rasa perbezaannya. Tambahan mandi waktu pagi ni pun boleh murah rezeki. Tq :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..klu dah mandi confirm tak mengantuk dah..mata jadi segar..:-)

      Delete
  5. bnyak kelebihannya.. tapi skrg ni jarang buat... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah mesti jarang buat..klu time belajar rasanya boleh buat kan..sebab selalu bangun awal..:-)

      Delete
  6. salam..perkongsian yg cukup baguss..:-)..tq dear

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang kalau sempat memang amalkan juga. tapi kadang-kadang tu terlewat juga..hehe

    ReplyDelete
  8. info yg menarik walaupun sy agak malas utk mandi sebelum subuh ni...hihi

    ReplyDelete
  9. Bru lps mandi Dan solat subuh

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com