SEKIRANYA anda seorang yang memang bersifat romantis, mungkin
perkara ini pernah anda cuba sewaktu hendak memenangi hati kekasih anda.
Menulis nota cinta mungkin suatu yang mudah bagi mereka yang
memang hati dan perasaannya berkecenderungan ke arah itu. Namun jika anda
seorang yang tegas dan tidak pandai bermain dengan kata-kata dan ayat-ayat
manis, mungkin anda boleh menggunakan cara ini untuk menawan perasaan teman
wanita atau isteri anda.
Memberikan nota cinta
kepada pasangan anda merupakan sesuatu yang mengharukan dan memberikan satu
penilaian romantis di jiwa.
Andai ingin mencuba, di sini diberikan beberapa panduan
bagaimana anda patut menulis nota cinta, kemudian meletakkannya di dalam bekas
yang kemudian dijumpai oleh pasangan anda dan seterusnya membacanya.
Dalam kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi di Barat,
bisikan atau bicara ayat-ayat cinta ini boleh memenangi hati pasangan
masing-masing dengan peningkatan sebanyak 75 peratus.
Kebanyakan daripada mereka memberikan nota-nota cinta kepada
pasangan pada sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi mahupun ulang tahun
perkahwinan.
Mungkin pada pendapat kita nota cinta hanya dibuat dan
diberikan oleh pasangan remaja sahaja, itu tidak benar, kerana umur sebenarnya
tidak membatasi perkara yang akan dilakukan, semuanya bergantung kepada hati.
Juga mungkin anda tidak boleh mengarang ayat-ayat cinta yang
berbunga-bunga, memadai dengan meletakkan sebaris ayat romantis, 'Aku Cinta
Padamu'.
Mesej di dalam botol
Mungkin anda pernah mendengar tentang ini, orang yang
terdampar di sebuah pulau, menulis nota dan membalingnya ke laut untuk meminta
pertolongan.
Cara ini mungkin anda boleh mengubahnya dengan menulis nota cinta
hanya sebaris ayat "I Love you", memasukkannya ke dalam botol
kaca yang cantik dan kemudian meletakkannya di dalam almari di dapur bagi
memudahkan pasangan anda menjumpainya. Bila si dia terjumpa dan membacanya...
surprised!
Rakam ucapan cinta anda
Ini juga satu kejutan yang amat mengharukan bagi pasangan anda.
Sekiranya anda malas hendak menulis, rakam sahaja ucapan kata sayang dan rindu
dendam anda pada pita rakaman dan kemudian poskan ke rumah anda atas nama
isteri.
Apabila isteri anda membuka bungkusan itu pasti kemudiannya
dia mendengar atau menonton pita rakaman berkenaan dengan penuh rasa syahdu.
Ingat rakaman seperti ini boleh tahan bertahun-tahun dan ia
memberikan kenangan yang penuh bermakna selamanya.
Paparkan pada skrin
komputer
Zaman teknologi ini, semua perkara dapat dilakukan dengan
cara yang mudah. Tekan kekunci pada skrin komputer atau komputer riba anda,
tuliskan nota cinta anda dan kemudian paparkan pada skrin.
Biarkan dan pastinya skrin ini akan tertutup sendiri dan
hanya akan menyala apabila isteri atau pasangan anda menyentuh papan kekunci
mahupun tetikus ketika dia ingin berurusan sesuatu dengan komputer yang sama.
Hantar bunga bersama
mesej
Cara ini mudah, beli beberapa kuntum bunga ros dan hantarkan
kepada si dia atau pasangan anda. Setiap kelopak bunga ros letakkan huruf yang
anda ingin nyatakan dari hati anda. Jika anda tidak mahu bunga, penghantaran
melalui belon pun boleh juga.
Secara treasure hunt
Jika anda kreatif sedikit, letakkan beberapa huruf yang mahu
anda nyatakan itu secara tersembunyi di beberapa tempat di dalam rumah anda.
Setiap huruf yang dijumpai pasangan pastikan terdapat klu
untuk dia dapat mencari huruf yang lain.
Setelah berhasil kesemua huruf berkenaan dijumpai, isteri
anda akan mencantumkannya untuk mengetahui curahan rahsia nota anda kepadanya.
Hantarkan ayat cinta
setiap hari
Satu hari satu ayat, hantarkan menerusi seseorang kepada
pasangan anda yang akan dikumpul oleh si dia sehingga menjadi satu ayat cinta
yang lengkap.
Pelbagai ayat cinta
Ayat-ayat cinta bukan sahaja bernada 'Aku Cinta Padamu',
bagi yang mahu kelainan, ayat-ayat ini boleh digunakan... 'Please Rescue Me',
'Aku Lemas Dengan Cintamu', 'Tawan hatiku' dan sebagainya... hmmm
ucapan yang agak ghairah bukan.
Sebenarnya banyak lagi anda boleh lakukan. Yang penting
semuanya bergantung kepada kreativiti dan tahap kerajinan anda.
Namun jangan terlalu ekstrem menyebabkan pasangan anda
kesusahan akibat mencari nota-nota cinta anda.
Menarik.. kreatif & romantis. Suka sgt posting ni. T kasih.
ReplyDeletesama2..:-)
DeleteWahhhhh..romantik n creative sggh..dh berkurun tak buat keje2 mcm ni,eheehh!!
ReplyDeletehehe..boleh buat klu nak sekarang..dah kahwin lg romantik kan klu buat cam nie..:-)
Deletepernah dapat dalam bentuk rakaman. nak balas tak reti sbb xpandai ayat2 romantis. hihi..
ReplyDeletehehe..tak tau nak cakap sebab tak pernah dpt cam nie..:-)
Deletehehe yg stail treasure hunt tu pastikan pasangan anda seorg yg suka cabaran..kalau jenis yg malas, haram dia nak teruskan pencarian...haha
ReplyDeletebetul jugak tu..hehe..:-)
Deletesuweet suwweettt kalo dpt psgn cmni, eh silap, nk jd psgn yg mcm ni lah hehe. rajen amat.
ReplyDeletehehe..kena cari kak mar..baru sama2 suweett..:-)
Delete