LLOYD menunjukkan bateri kereta
elektrik miliknya.
SYDNEY,
Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki
sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika
Syarikat (AS).
Lloyd, 61,
menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah
dimilikinya.
Menurutnya,
terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat
Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940.
Bagaimanapun,
hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di
Australia.
Kereta itu
mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam.
Bateri
kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer. - AFP
No comments:
Post a Comment