FENOMENA bulan biru dilihat di langit
semasa upacara penghormatan terakhir untuk angkasawan Neil Armstrong
berlangsung di bandar raya Cincinnati, Amerika Syarikat kelmarin.
LONDON -
Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan
dapat dilihat di serata dunia.
Menurut
akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan
sepanjang Ogos lalu.
Dikenali
sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7 tahun itu telah
menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di seluruh dunia.
Kejadian
luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut
akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan fizikal bulan
dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna biasa
bulan semasa bersinar di langit adalah putih.
Namun, bulan
pernah berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus di
Indonesia pada 1883.
Warna biru
tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang melitupi angkasa dan hanya
membenarkan sebahagian gelombang cahaya menembusi atmosfera bumi. - Agensi
No comments:
Post a Comment