RUANG dalam takungan
kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.
BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah
takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa
Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.
Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang
dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.
Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat
Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina
oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan
400 tahun kemudian.
"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era
Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi
juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam
Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.
Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi
Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini.
- Agensi
No comments:
Post a Comment