SEORANG anggota renjer memegang
tulang singa.
POTCHEFSTROOM,
Afrika Selatan - Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke
negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional.
Kebanyakan
tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos.
Tulang-tulang
itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan
liar yang dibenarkan undang-undang.
Kira-kira
500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun di Afrika Selatan.
Pemburu-pemburu
itu dikenakan bayaran sehingga AS$20,000 (RM62,354) untuk memburu singa
manakala bangkai haiwan tersebut dijadikan makanan anjing.
"Baru-baru
ini, terdapat sebilangan besar warga dari Laos yang berminat untuk menyertai
aktiviti memburu itu," kata seorang pegawai daripada pertubuhan
pemuliharaan singa, LionAid, Pieter Kat.
Tulang-tulang
singa itu menjadi popular untuk dijadikan ubat pengasih.
Ia menjadi
rebutan kerana tulang harimau dilarang diperdagangkan berdasarkan undang-undang
antarabangsa ekoran bilangan haiwan itu semakin berkurangan. - Agensi
No comments:
Post a Comment