PARA pelanggan sedang
makan malam di restoran Muru Pop Down yang terletak di dalam lombong Tytyri di
Lohja, Finland kelmarin.
LOHJA - Seorang cef pemenang anugerah membuka sebuah restoran
baharu yang unik di Finland pada kedalaman 80 meter di bawah tanah.
Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon
masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu
berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini, sekitar 60 kilometer ke
barat ibu kota Finland, Helsinki.
Harga makan malam merangkumi empat hidangan di restoran Muru
Pop Down itu hanya AS$160 (RM497) termasuk kos pengangkutan pergi balik ke
lombong itu dari Helsinki.
CEF Niklas Ekblom
(kiri) dan pengusaha restoran Timo Linnamaki menyediakan makanan di restoran
Muru Pop kelmarin.
"Saya seronok bekerja di restoran bawah tanah ini kerana
anda jauh dari dunia luar, jadi, anda tiada gangguan untuknya memasak,"
kata cef berkenaan, Timo Linnamaki.
Seorang pengunjung ke restoran tersebut, Olli-Pekka Jantti
berkata, makanan yang disediakan amat lazat.
"Saya juga sukakan kelainan apabila makan di restoran
ini, anda berada jauh di dalam bumi, anda berasa amat pelik," katanya.
Lombong berkenaan yang berusia 115 tahun memiliki kedalaman
380 meter.
Sebahagian lombong tersebut masih beroperasi dengan
kebanyakan galian itu digunakan dalam industri kimia. - AP
No comments:
Post a Comment