KHASIAT
sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet
seharian.
Alasannya,
pahit, pelik dan tidak enak lantas mereka lebih rela mengasingkannya daripada
hidangan sebelum hilang selera. Apapun, mereka harus menerima hakikat bahawa
tubuh badan sememangnya memerlukan sayur untuk hidup sihat.
Jenis
sayuran dan khasiatnya
Sayuran
boleh dikelaskan ke dalam kumpulan atau keluarga biologi yang dibahagikan
kepada enam iaitu menjalar, akar, cruciferous, berdaun hijau, batang dan
bebawang.
Sayuran
menjalar seperti timun, labu dan zucchini enak dinikmati apabila ia masih muda dan biasanya dimakan
begitu saja atau dimasak. Ia mempunyai rasa manis dan pedas apabila dimakan.
zucchini |
Misalnya,
zucchini ialah sumber serat yang
baik bagi membantu mengurangkan sembelit dan memberi perlindungan daripada
kanser kolon.
Zucchini mengandungi folat yang penting dalam pembahagian sel dan sintesis asid deoksiribonukleik (DNA). Selain itu, ia membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf janin jika diambil sebelum mengandung.

Labu
pula ialah sumber vitamin C dan A selain mengandungi flavanoid yang membantu
melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh serta mencegah terjadinya
penyumbatan pembuluh darah.
Ia berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan rasa sakit jika
terjadi pendarahan atau bengkak pada tubuh badan. Biasanya, labu direbus dan
ada juga yang gemar menjadikannya pencuci mulut.
keledek |
Sayuran
daripada keluarga akar seperti kentang,
keladi dan keledek berbeza daripada kepekatan dan keseimbangan antara gula,
kanji dan karbohidrat lain.
Jenis sayuran berkanji ini biasanya menjadi makanan ruji sebagai sumber karbohidrat di sesetengah negara seperti Afrika Barat atau kawasan tropika yang biasanya direbus dan dilenyek untuk membuat hidangan dinamakan fufu atau poi.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri.

Kategori
sayuran daripada keluarga cruciferous pula seperti kubis, brokoli serta kubis bunga berpotensi menghalang
pembentukan hormon kelenjar tiroid di kalangan mereka yang kekurangan iodin
menerusi kandungan goitrogen.
Jika dimasak lebih 30 minit tanpa henti, ia boleh mengurangkan jumlah sebatian
goitrogen yang terkandung di dalam sumber berkenaan secara semula jadi.
Misalnya, sebanyak satu pertiga kandungan goitrogen akan dinyahaktifkan apabila
brokoli direbus justeru, bagi memastikan sumber khasiatnya kekal di dalam
sajian yang dimakan, ia perlu dimasak secara stim.
Sayuran hijau seperti kubis daun, bayam dan salad mengandungi zeaxantin. Bayam mengandungi vitamin C, zat besi,
kalsium dan serat.
Kandungan asid folik dan serat yang tinggi baik untuk mengekalkan kesihatan.
Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi dan kalium serta beta
karotena.
bayam |
Bayam
dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan mereka yang
menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan masalah ginjal.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri.
asparagus |
Misalnya,
asparagus ialah sumber sayuran yang rendah kalori dan natrium.
Ia juga sumber vitamin B6, kalsium, magnesium dan zink yang baik selain mengandungi serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik, besi, fosforus dan kalium.
Selain itu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah.
Biasanya, asparagus dijadikan pembuka selera atau ulam. Ia boleh dihidang melalui masakan Asia yang digoreng bersama makanan laut, dipanggang atau dimakan mentah dan dicampur ke dalam hidangan salad.
Bebawang seperti bawang, bawang merah dan bawang putih juga mengandungi khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat, asid folik, kalsium, zat
besi dan protein yang tinggi.
Penyelidikan mengenai khasiat bawang merah kepada kesihatan mendapati, ia mengandungi
dua sebatian utama iaitu sulfur seperti allyl propyl disulfide dan flavonoid.
Flavonoid dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit
jantung dan kencing manis.
Memakan bawang merah setiap hari juga boleh membantu pertumbuhan tisu tulang
dan mengurangkan risiko osteoporosis selain kandungan sulfur yang boleh
membantu kulit kelihatan muda.
Perbezaan
warna sayuran
Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya.
Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya.
Warna pada sayur-sayuran mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan kerana
bahan kimia di dalamnya yang menghasilkan warna terbabit.
Sayuran
putih mengandungi sulforaphane iaitu sebatian organosulfur yang boleh menjadi
antikanser yang didapati secara semula jadi daripada sumber brokoli, kubis Brussel atau kubis.
Bagi
kubis merah dan biru serta sayuran berwarna ungu seperti terung, ia mengandungi sumber antosianin yang membantu melindungi
tubuh manusia daripada kanser, memperbaiki fungsi minda dan membantu menjaga
jantung yang sihat.
Jangan takut
untuk menikmati sayur-sayuran berwarna merah seperti tomato kerana ia mengandungi sumber lycopene yang boleh membantu
mengurangkan risiko mendapat kanser paru-paru, prostat dan perut.
ramai yg mengelak memakan sayur disebabkan sayur tu pahit rasanya...tp pahit itu ubat :)
ReplyDeletebetul tu..pahit itu ubat..biasanya sayuran hijau memang rasa pahit skit..klu liat sgt nak makan sayur cuba ambil sayuran berwarna lain..tak rasa pahitnya..:-)
DeleteSaya memang kurang makan sayur.... Tak tahu laaa sejak kecil dah tidak suka sangat makan sayur nie.... Saya cuba makan sayur... Tapi tekak tidak boleh terima ....:(
ReplyDeletetak boleh tu..kena makan juga sayur..nanti kurang serap..boleh menyebabkan sembelit dan kurang zat
Deletesaya pun kurang makan sayur. makan la tapi memilih. huhu.. sayur penting untuk badan kan.
ReplyDeleteya..memang penting..memilih pon takpe la..asalkan makan sedikit dr tak makan langsung..:-)
Delete