Tiada larangan untuk bercukur atau memotong kuku semasa haid.
Ada sesetengah pendapat mengatakan, seseorang itu tidak boleh
memotong kuku dan perlu menyimpan rambut yang gugur ketika sedang haid. Tetapi,
ada sesetengah pula yang membenarkannya.
Ramai yang masih tertanya-tanya tentang isu memotong rambut
dan kuku ketika dalam haid. Di sini seribupilihan sisipkan jawapan Imam Ibn
Taymiah di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).
Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang
rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun
mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang
tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."
Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk
mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di
tubuh kita.
Oleh kerana arahan Rasulullah tidak menunjukkan sebarang
penangguhan cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar
menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan
menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi).
Mudah-mudahan
jelaslah kepada pembaca tentang persoalan ini.
pernah baca dlm buku. dulu takut gak nak potong.
ReplyDeletesama la..dah tau takpe la kan..:-)
DeleteNice Entry .... mselim3 visit sini....
ReplyDeletemselim3
pls:Sorry dah lama x singgah sini...