expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
FAKTA MENARIK BAHAGIAN 1
- Bom
atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3
bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang
ramai.
- Maharaja
Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan
342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.
- 90
peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China
sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding
Malaysia 2.17 juta tan metrik.
- Masyarakat
Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun
Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli
limau sahaja.
- Pulau
Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau
terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan
3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988.
- Papua
New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling
banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh
lebih 4,000 orang penduduk.
- Penerbit
komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat,
memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman
senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat
- Kesesakan
lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta
kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman
Barat.
- Hutan
hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai
hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok
dalam satu hektar hutan tersebut.
- Gua
Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung
layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura
dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.
- Pelabuhan
Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1
juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga
12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau
Pinang.
- Sungai
Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran
563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan
Butterworth.
Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com
info sg rajang tu menarik. xtau lak panjang sampai camtu.
ReplyDelete:-)
Deletemacam ular pulak sungai tu
ReplyDeletea ah..:-)
Deletehebat maharaja morocco tu...sampai 1703 isteri...
ReplyDeletehehe..:-)
Delete