expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 15 February 2013

HOTEL-HOTEL YANG TERKENAL DAN BERHANTU





Antara hotel yang pernah terkenal pada suatu masa dahulu.. Dan kini hotel-hotel ini dianggap berhantu kerana banyak kejadian-kejadian pelik dan terdapat ramai saksi yang melihatnya sendiri.. Jom tengok hotel-hotel nie...



Hotel Crescent





Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling berhantu di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang menjelma dan sering menampakkan diri.


Hotel Queen Mary





Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia sanggup berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi nya perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer "The Grey Ghost" untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary bertembung dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu menjelma di Queen Mary.


Lizzie Borden Bed and Breakfast





Hotel ini menjadi berhantu setelah tanggal 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati diantara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya tergeletak di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap menjelma mengganggu pengunjung hotel.


The Old Spot Hotel





Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bahagian selatan tahun 1980. Bangunan itu lalu dijadikan tempat perjabatan dengan berbagai aktiviti bisnes. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah berhantu di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

8 comments:

  1. Menarik entry nie...
    If one day Wilma pergi luar negara,Wilma akan elak tinggal di hotel2 nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..ya ke..klu saya nak sgt pergi kat sini..nak ambil gambar banyak2..mana tau tertangkap gambar hantu sekali..hehe..:-)

      Delete
  2. kat malaysia pun ada kan..? yg kat genting tu.. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..memang ada..banyak tempat berhantu..nanti dah dpt kumpul cite hantu kat situ boleh wat entry akn datang..:-)

      Delete
  3. nampak bangunan pun macam menakutkan je. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon..saya suka dengar,baca cite2 hantu nie..menarik & menakutkan..:-)

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com