expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 14 February 2013

3 POKOK TERTUA DI DUNIA



Bristlecone Pine 4200 tahun







Pokok cemara atau pine (pinus) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasidan cukup tinggi.


Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.


Pokok ini memang terkenal kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.


Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.



Siberian Dwarf Pine



Tosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine


Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakala yang terpendek adalah cemara Po


Jomon Sugi 2000-7000 tahun





Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 253 meter dengan volume 300m3 dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Kagoshima.


Spruce Ione Norway 9550 tahun





Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden, diketahui berusia 9550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.


Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna, Sweden. Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal.


“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea, Sweden.


Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.


Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7500 tahun namun membesar hingga 150 meter.


Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.


Kullman menyatakan pokok yang usianya lebih tua dari 9550 tahun boleh dikatakan mustahil. Sebab, seluruh wilayah Sweden berkemungkinan masih diliputi ais pada masa itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com