GOLONGAN wanita yang mengandung mudah terganggu, letih dan
lemah. Simptom-simptom itu dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika
hamil. Malah, mereka seringkali dimaklumkan supaya mengabaikan gejala-gejala
terbabit memandangkan semua itu disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil.
Begitupun, tanda-tanda itu sebenarnya menandakan wanita
mengandung itu menghidap anemia akibat kekurangan zat besi.
Kekurangan zat besi merupakan penyebab utama anemia. Mereka
yang mengalami anemia akan sering letih, sukar bernafas, kedatangan haid yang
tidak menentu dan pening.
Zat besi sebenarnya boleh didapati di dalam daging merah,
bijirin dan sayur-sayuran hijau sementara vitamin-vitamin penting yang
diperlukan oleh tubuh terdapat di dalam kebanyakan jenis makanan.
Namun apa yang lebih malang, penyakit itu jika tidak dicegah
serta dirawat boleh menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan
bagi jangka masa panjang.
Menyedari hakikat itu, Merck Consumer Healthcare mengambil
inisiatif dengan menganjurkan bengkel pendidikan bersama Pakar Obstetrik dan
Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran.
Menurutnya, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu
merancang dan menjaga diri ketika hamil malah selepas melahirkan anak dengan
mengawasi kandungan darah mereka.
Seseorang wanita hamil yang mengalami kekurangan zat besi
boleh dikesan sekiranya tahap bacaan bilangan sel darah merah kurang daripada
12 sehingga 15 miligram (mg).
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu,
wanita hamil amat memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak
darah untuk menyokong tumbesaran bayi mereka.
Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan
zat besi yang secukupnya sekali gus menyebabkan mereka terdedah dengan risiko
penyakit anemia.
“Apabila tubuh mereka mengalami kekurangan zat besi,
seseorang wanita yang mengandung itu boleh mengalami keguguran, kelahiran
pramatang dan kebarangkalian berdepan dengan maut.
“Oleh itu, golongan wanita disarankan menjalani ujian darah
sebelum merancang untuk hamil. Ia penting bagi mengetahui tahap hemoglobin
mereka.
Namun, apa yang terjadi kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas
mereka disahkan mengandung. Pada masa itu, mereka sudah pun didapati mengalami
anemia yang ringan,” ujarnya.
Sehubungan itu, golongan ibu disyorkan supaya mengambil
meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam,
sayur-sayuran, kekacang, hati, prun, kismis, buah-buahan, labu, bijan dan
tauhu.
tu utk yg preknen..sy yg nk derma drh aritu pun xlpas psl krg zat besi.tu la krg mkn syur..hihi
ReplyDeletesaya pn sama..x dpt derma darah sebab berat kurang..:-)
Deletewanita hamil ni, memang kena jaga betul2 kesihatan..takut efek pada baby kan?
ReplyDeletebetul..bahaya klu kita kekurangan zat besi..segera jumpa doktor ambil ubat :)
Delete