Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka
Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000
gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap
lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap
belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu
terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat
70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan
70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu
mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas.
Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah
bisa.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu
terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu
datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka
mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang
mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka
bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami,
selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah
bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan
neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan
hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan
membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
subhanaALLAH .. takutnya :(
ReplyDeletememang takut..:(
DeleteAllahumma Ajirna Minannar Allahumma Ajirna Minannar Allahumma ajirna minannar.
ReplyDelete