expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 14 January 2013

Tarikan pokok keladi





PENANAMAN tumbuhan liar hutan seperti keladi atau caladium daripada famili araceae memang unik dan menarik dalam melengkapkan gaya taman.


Pokok hiasan itu memerlukan rutin pengurusan selari kerana ia tidak lasak, mudah mati dan alah kepada cahaya berlebihan. 


Ekologi alam yang redup, berpaya dan tanah gambut adalah habitat paling sesuai untuknya hidup subur. 


Kepelbagaian serlahan dan tekstur dari segi bentuk serta warna daunnya menyebabkan pokok keladi menjadi pilihan untuk diletak di tepi rumah atau kolam binaan. 


Antara variasi keladi yang kini menjadi pilihan ramai ialah spesies caladium bicolour, caladium splendens dan caladium changpur. 


Caladium bicolour

Caladium bicolour mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada daun, caladium splendens pula, hijau berbintik merah dan putih.



caladium changpur


Sementara caladium changpur dengan urat daun berwarna putih berlatarkan warna hijau memang menarik jika ditanam dalam pasu. 


Seterusnya keladi lain termasuk puluhan spesies aglaonema yang hidup subur di kawasan tropika. 



Ia turut dispesifikasikan tumbuhan saka yang subur di kawasan gambut dan mempunyai banyak bahan organik serta reputan tumbuhan. 



Pembiakan baka daripada spesies brevispathum, marantifolium, pictum dan oblongifolium boleh dilakukan dengan memisahkan rumpun atau anak pada pangkal induk. 



Alocasia sanderiana dan alocasia thiboutiana pula antara dua spesies keladi daripada keluarga araceae yang menarik ditanam di kawasan kolam atau dalam ruang rumah tertutup. 



Alocasia sanderiana

Sanderiana diminati ramai kerana daun berlekuk di tepi termasuk uratnya yang timbul berwarna putih perak membahagikan kehijauan klorofil daun.



keladi pinang
 


Keladi yang boleh dimakan seperti keladi pinang dan keladi bersaiz besar juga sesuai dijadikan pokok hiasan. 


Sekiranya ditanam secara berkelompok, ia menjadi latar belakang kepada pokok keladi lain yang memiliki keindahan daunnya. 



Aspek penting dalam penanaman dan penjagaan keladi ialah pendedahan cahaya matahari yang perlu dikawal supaya kesuburannya tidak terbantut dan mengelak daun rosak atau melecur.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com