Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya.Ada yang boleh
digunakan di dalam hidangan dan ada pula yang digunakan dalam penjagaan
kesihatan dan kecantikan.Kali ini,mari kita kenali beberapa tanaman dan
kegunaannya untuk mengurangkan obesiti.
1 DAUN SALAM
Daun salam merupakan sejenis tanaman yang biasanya digunakan
di dalam masakan.Selain itu,ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai
penyakit,antaranya adalah kolesterol tinggi,kencing manis,tekanan darah tinggi,cirit-birit
dan mengurangi obesiti.
Bagi anda yang ingin menggunakan daun ini sebagai bahan untuk
mengurangkan obesiti,cubalah cara ini.Pilih lima hingga tujuh helai daun salam
yang masih segar.Cuci bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian
tapis dan biarkan sejuk.Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada
waktu siang dan malam.
2 LIMAU NIPIS
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah
dengan nama yang sama.Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi
banyak air serta vitamin C yang tinggi.Untuk membuat ramuan mengubati
obesiti,ambillah limau nipis dan belah empat.Perahkan jusnya dan campurkan
dengan secawan teh pahit yang pekat.Minum setiap malam sebelum tidur.
3 BUAH DELIMA
Buah ini mempunyai batang berkayu yang mempunyai banyak
cabang,serta mempunyai duri pada cabang dahannya.Terdapat tiga jenis buah
delima iaitu delima putih,delima merah dan delima ungu.
Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian
tanaman ini berguna,dari akar hinggalah ke kulit kayunya.Untuk dimanfaatkan
sebagai ramuan mengurangi obesiti,ambil dua lembar daun delima muda.Cuci dan
tumbuk sehingga halus,ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga
gelas.Campurkan dengan sedikit garam,dan tapis.Amalkan minum dua hingga tiga
kali sehari sebanyak setengah gelas.
4 NANAS
Buah ini kaya dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan
beberapa penyakit seperti kecacingan,sakit tekak,beri-beri,sembelit,luka
terbakar,gatal,bisul dan obesiti.Untuk mengurangkan obesiti,sediakan sebiji
buah nanas yang tidak terlalu masak,kupas dan cuci bersih.Potong mengikut
keperluan,dan parut untuk diambil jusnya.Ambil pati nanas tadi dan minum 2 kali
sehari.
5 LOBAK MERAH DAN TIMUN
Kedua-dua jenis tanaman ini dapat digunakan untuk mengubati
obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus.Caranya,ambil dua atau tiga batang lobak
merah dan sebiji timun berukuran sederhana.Parut dan perahkan jusnya.Boleh juga
ditambah pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum 2 kali sehari
sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment