Cuba anda tengok gambar di bawah. Apa yang anda fikirkan? Gambar seorang
perempuan bersama anak kecilnya yang sedang berjalan di pinggir padang bola?
Jawapannya salah!!
Jika ia padang bola mengapa tiada gawang gol di hujung sekali, tapi yang ada ialah sebuah kapal yang seperti tersadai?
Ia sebenarnya gambar seorang
perempuan bersama anak kecilnya berjalan di tepi sebuah pantai di
China. Dan yang bewarna hijau seperti padang bola itu ialah laut yang
bertukar dari biru menjadi hijau. Aneh, kan, lautan boleh
bertukar jadi padang bola?
Di bawah ini pula, gambar lautan
itu dari sudut yang lebih jauh. Kelihatan lautan biru dilapisi
sebahagiannya oleh tompokan hijau yang kelihatan seperti padang
bola itu.
Dan misteri mengapa
lautan biru bertukar menjadi hijau terungkap di sini:
kelihatan seorang pekerja sedang mengalihkan rumpai laut (seaseeds) dari laut
berkenaan. Rupanya yang kelihatan hijau itu ialah rumpai laut!!
Banyak sekali rumpai laut itu rupanya,
selepas dikumpulkan ia menjadi hampir setinggi bukit!!
Dan sekarang...nak dibawa ke mana
pula rumpai laut ni?
Fenomena yang begitu indah apabila
lautan biru diselangi tompokan hijau...
Fenomena alam sebegini sebenarnya
jarang terjadi dan ia cuma sering ditemui di pantai China. Sebilangan nelayan
China mengambil rumpai laut ini untuk dijual, dengan harga yang cukup mahal
kerana khasiatnya yang dikatakan dapat menyembuhkan banyak penyakit.
Maha Suci Allah yang mencipta
keindahan dan rezeki melimpah untuk manusia yang rajin mengusahakannya...
Maha Suci Allah..
ReplyDeleteciptaaNYA yang indah..
ingatkan tadi padang..rupanya laut..
betul tu..ramai yg sangkakan laut..allah maha besar..segalanya yg dibuat ada tujuan disebaliknya..dia berikan rezeki yg tak terduga kepada umatnya di dunia ini..:)
ReplyDeleteya allah,besar ciptaan allah tu kan..
ReplyDeleteallah maha kuasa..:-)
DeleteAllahu Akbar..tiada siapa dpt menandingi kekuasaanNya..setiap yg DIA jdkan itu ada hikmah disebaliknya..
ReplyDeletesubhanalloh
ReplyDelete