expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
  
          
        
          
        
FAKTA MENARIK BAHAGIAN 1 
- Bom
     atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3
     bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang
     ramai.
 
 
- Maharaja
     Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan
     342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.
 
 
- 90
     peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China
     sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding
     Malaysia 2.17 juta tan metrik.
 
 
- Masyarakat
     Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun
     Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli
     limau sahaja.  
 
 
- Pulau
     Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau
     terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan
     3.1 meter tinggi, ditemui pada 14 April 1988. 
 
 
- Papua
     New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling
     banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh
     lebih 4,000 orang penduduk. 
 
 
- Penerbit
     komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat,
     memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman
     senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat 
 
 
- Kesesakan
     lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta
     kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman
     Barat. 
 
 
- Hutan
     hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai
     hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok
     dalam satu hektar hutan tersebut. 
 
 
- Gua
     Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung
     layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura
     dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup. 
 
 
- Pelabuhan
     Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1
     juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga
     12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau
     Pinang. 
 
 
- Sungai
     Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran
     563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan
     Butterworth. 
 
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com 
 
info sg rajang tu menarik. xtau lak panjang sampai camtu.
ReplyDelete:-)
Deletemacam ular pulak sungai tu
ReplyDeletea ah..:-)
Deletehebat maharaja morocco tu...sampai 1703 isteri...
ReplyDeletehehe..:-)
Delete