SAMPAH sarap memenuhi kawasan flat
milik seorang lelaki tua yang ditemui mati di Singapura kelmarin.
SINGAPURA -
Seorang lelaki Singapura berusia 76 tahun ditemui mati di dalam flatnya yang
penuh dengan timbunan sampah sarap sehingga ke siling, menurut satu laporan
semalam.
Akhbar Straits
Times melaporkan, lelaki berkenaan yang tinggal bersendirian gemar
menyelongkar tong-tong sampah sejak sedekad lalu.
Pasukan
kecemasan dilaporkan mengambil masa hampir sejam untuk membuka pintu flat
berkenaan yang berkunci pada Isnin lalu selepas beberapa jirannya mengadu
mereka terhidu bau busuk dari kediaman tersebut.
Menurut
laporan tersebut, petugas-petugas kecemasan mengambil masa hampir sejam lagi
untuk mencari mayat warga emas yang berada di celah timbunan sampah sarap di
flat empat bilik itu.
Dalam
perkembangan berkaitan, polis mengesahkan semalam mereka menemui mayat seorang
lelaki berusia dalam lingkungan 70-an di dalam sebuah flat perumahan awam.
Menurut
polis, pihaknya menyiasat kes tersebut sebagai kematian luar biasa.
Seorang
jiran mangsa pula memberitahu Straits Times bahawa tabiat lelaki itu
menyelongkar tong sampah bermula selepas isteri dan anak perempuannya berpindah
keluar dari flat berkenaan sekitar 10 tahun lalu.
Lelaki
berkenaan akan menyelongkar tong-tong sampah sekitar kawasan kediamannya dan
memasukkan barangan yang dikutip ke dalam beberapa beg plastik di flatnya.
"Apabila
saya tanya apa yang terdapat di dalam beg-beg itu, dia menyatakan, harta
karun," ujar jiran tersebut.
Menurut
jirannya, flat lelaki itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik manakala
pintu depannya dipasang dengan beberapa mangga kunci.
Singapura
memiliki populasi warga emas yang tinggi dengan semakin ramai orang tua tinggal
bersendirian.
Menurut
beberapa pegawai, sekitar 20 peratus rakyat Singapura akan berusia 65 tahun
atau lebih tua menjelang 2030. - AFP
No comments:
Post a Comment