PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan
Antonie Hodge merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca
Rocks di Virginia Barat.
CHARLESTON -
Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?
Di Amerika
Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie
Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap
berpakaian pengantin.
Mereka
berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.
Walaupun
berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan
mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.
Gambar
perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung
Seneca di negeri Virginia Barat.
Idea untuk
mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan
ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.
Turut sama
melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka
yang juga merupakan pendaki amatur.
"Saya
perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu
ini," kata Hodge.
Mereka
melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. -
Agensi
No comments:
Post a Comment